• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Menteri Besar Selangor Cuma ‘Drama’?

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC berpandangan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar yang berlaku di Selangor merupakan satu `drama’ oleh pakatan pembangkang.

C.Sivarraajh berpendapat, `drama’ itu akan menjadikan ramai pemimpin pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkenal dalam masyarakat tetapi ramai rakyat Selangor merana.

“Rakyat selangor merana, pemimpin PKR akan terus menjadi terkenal. Masyarakat kita senang terperdaya dan dikaburi dengan segala macam penjelasan sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kami akan tetap menang selangor.

“Kita akan saksikan sejauh mana `drama’ ini berlanjutan,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Sivarraajh bagaimana berkata, `drama’ itu bagaimanapun membuktikan bahawa sebenarnya tidak wujud ikatan antara PKR, PAS dan DAP sebagai pakatan pembangkang.

Jelasnya, perikatan tersebut tidak kuat dan PKR serta DAP tidak punyai kata putus atau kuasa untuk menentukan polisi atau perjalanan negeri Selangor.

“Sepanjang penggal ini, pemimpin PKR, DAP dan PAS akan sibuk dengan politik dalaman mereka.

“Rakyat yang terpaksa merana dan akan diabaikan. Segala polisi kerajaan selangor; kebajikan dan ekonomi akan tergugat,” katanya.

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Johor Selepas COP31 Di Turkiye

Raja Permaisuri Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Johor Selepas COP31 Di Turkiye

20/11/2026
0

Oleh Arshad Khan  Pesawat khas Seri Paduka Baginda mendarat di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pagi tadi. SENAI, 20...

Seludup Dadah: TUDM Sendiri Bongkarkan! Mengapa Seluruh Institusi Pula Dipersalahkan?

Seludup Dadah: TUDM Sendiri Bongkarkan! Mengapa Seluruh Institusi Pula Dipersalahkan?

20/11/2026
0

Penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November lalu sememangnya mengejutkan, lebih-lebih lagi apabila lima pegawai Tentera Udara Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.