KUALA LUMPUR – Pemuda MIC berpandangan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar yang berlaku di Selangor merupakan satu `drama’ oleh pakatan pembangkang.
C.Sivarraajh berpendapat, `drama’ itu akan menjadikan ramai pemimpin pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkenal dalam masyarakat tetapi ramai rakyat Selangor merana.
“Rakyat selangor merana, pemimpin PKR akan terus menjadi terkenal. Masyarakat kita senang terperdaya dan dikaburi dengan segala macam penjelasan sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kami akan tetap menang selangor.
“Kita akan saksikan sejauh mana `drama’ ini berlanjutan,†katanya melalui satu kenyataan semalam.
Sivarraajh bagaimana berkata, `drama’ itu bagaimanapun membuktikan bahawa sebenarnya tidak wujud ikatan antara PKR, PAS dan DAP sebagai pakatan pembangkang.
Jelasnya, perikatan tersebut tidak kuat dan PKR serta DAP tidak punyai kata putus atau kuasa untuk menentukan polisi atau perjalanan negeri Selangor.
“Sepanjang penggal ini, pemimpin PKR, DAP dan PAS akan sibuk dengan politik dalaman mereka.
“Rakyat yang terpaksa merana dan akan diabaikan. Segala polisi kerajaan selangor; kebajikan dan ekonomi akan tergugat,†katanya.

