Sunday, September 24, 2023

Creating liberating content

MCMC Proaktif Selesai Masalah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil pendekatan proaktif bagi menyelesaikan masalah...

Polis Tahan Lelaki Tempatan,...

KUNAK - Polis Kunak menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 53.36 gram dadah...

Kumpulan Pertama 276 Jemaah...

KUCHING - Kumpulan pertama 276 jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Tanah Suci...

BN Terus Berjuang Martabat...

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan martabat wanita Malaysia akan...

HTC One M8 Versi Windows Diumumkan Hari Ini

HTC dan Microsoft hari ini mengumumkan sebuah lagi telefon pintar baru yang mana merupakan HTC One M8 versi Windows Phone.

Peranti ini dilihat melalui acara khusus memasarkan di pasaran Amerika Syarikat buat masa ini.

htc-one-m8-wp

Menggunakan nama “HTC One M8 for Windows“, telefon pintar ini hadir dengan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan versi Android sebelumnya.

Ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, kamera belakang 4MP Ultrapixel dengan sokongan Duo Camera, memori sebanyak 2GB RAM, selain turut menyertakan beberapa fungsi khusus HTC termasuk BoomSound dan juga HTC Dot View Case.

HTC-One-M8-for-Windows-kamera

Memandangkan ia menggunakan platform Windows Phone 8.1, maka beberapa fungsi tambahan turut hadir ke peranti berkenaan, termasuk antaranya adalah sokongan Cortana, panel notifikasi Action Center, papan kekunci WordFlow dan sebagainya.


Pihak HTC sendiri turut menyertakan aplikasi kamera khusus untuk membolehkan ia mengambil kelebihan HTC Duo Camera. Fungsi lain seperti Blinkfeed turut hadir dalam bentuk aplikasi khusus pada peranti ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti Windows Phone daripada HTC ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

HTC-One-M8-for-Window-blinkfeed

Sumber: HTC

Oleh: hzqahmd

Kategori

Leave a Reply