Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zoo Melaka Sedang Giat...

MELAKA - Kerja menaik taraf Zoo Melaka dan Night Safari sedang giat dijalankan...

Potong Tangan Mangsa Untuk...

KEJAMNYA…seorang tukang kayu telah menggunakan kapak untuk menetak tangan seorang wanita dalam usaha...

PRN Johor: Warisan Tanding...

JOHOR BAHRU – Buat pertama kali bertanding di luar negeri asalnya, Parti Warisan...

Putri Mardiana, Pasangan Mengaku...

PELAKON kontroversi Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangan Shahrizam Abdullah, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah...

HTC Butterfly 2 Akan Tiba Di Malaysia Bulan Hadapan

HTC hari ini secara rasminya memperkenalkan Flagship terbarunya untuk keluarga Butterfly – HTC Butterfly 2.

Dimana seperti generasi sebelum ini, ia masih mengekalkan rekaan ikonik keluarga Butterfly, disamping masih menggunakan skrin bersaiz 5-inci.

HTC-Butterfly-2___-1

Dari segi spesifikasi dan fungsi yang disertakan, Butterfly 2 membawakan pelbagai pembaharuan baru jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini.

HTC Butterfly 2 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB dengan mikro-SD, sokongan rangkaian 4G LTE, dan bateri berkapasiti 2700mAh.

HTC-Butterfly-2陶瓷白_white

Dari segi kamera, ia kini menggunakan kamera 13-megapixel BSIf/2.0 dengan sokongan HTC Duo Camera yang mana membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya termasuk UFocus, rakaman berbentuk 3Dimensi, menambah animasi, dan sebagainya, selain menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan sokongan rakaman HDR.


HTC Butterfly 2 juga merupakan diantara peranti yang kalis air dan habuk dengan pensijilan IP57.

HTC-Butterfly-2_HTC-J-butterfly_malaysia-1

Membawakan pembesar suara HTC BoomSound yang 25% lebih kuat daripada pembesar suara pada HTC One dan tidak setakat itu, ia dilihat telah berkerjasama dengan Harman Kardon untuk teknologi ‘LiveStage Signal Processing’.

Taiwan akan menjadi pasaran pertama menerima model ini  dan diperkembangkan ke pasaran Hong Kong, Malaysia, India, dan Thailand pada 2 September ini.

Setakat ini tiada maklumat mengenai harga didedahkan dan mungkin ianya  diantara RM1600 ke RM1800.

Sumber: HTC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori