• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coconut Shake Klebang Yang Sangat Sedap

oleh AK-47
15/08/2014
dalam Resepi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Minuman air kelapa muda sememangnya menjadi lumrah dan cukup popular dijual di mana-mana kedai atau restoran.

Tetapi air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pastinya sesuatu yang pelik didengar namun di Klebang ia menjadi perhatian kerana keenakannya membuatkan mereka yang menikmati minuman ini pasti akan datang lagi.

‘Peh, tangkap leleh bro’ itulah ungkapan yang sesuai digunakan jika anda merasai air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pelbagai rasa yang dikenali dengan nama coconut shake Klebang.

Jangan terkejut jika ternampak orang ramai memenuhi setiap ruang gerai kecil di tepi jalan menjual minuman itu, lebih-lebih lagi di dalam cuaca panas terik.

Bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk setempat malah orang dari luar Melaka dan pelancong asing juga cukup mengenali gerai ini yang sentiasa dipenuhi dengan pelanggan setiap masa.

Coconut shake yang disediakan tidak sama seperti di gerai lain kerana kelazatannya apatah lagi dengan campuran aiskrim, air kelapa, gula, isi kelapa dan air batu begitu membangkitkan selera pengunjung yang menikmatinya.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya anda terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk membawa balik coconut shake begitu juga mereka yang datang mencari tempat duduk sehingga adakalanya terpaksa berebut-rebut.

Segelas coconut shake beserta satu scoop aiskrim vanila ini berharga RM2.00 dan jika anda mahukan dua scoop aiskrim, harganya akan menjadi RM2.50.

coco nuttt

coconut

Tags: Resepi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mazidul Akmal Koma Sementara Akibat Serangan Angin Ahmar

Next Post

Gulai Kawah Kambing Kelantan

Related Posts

4 Kudapan Mudah Untuk Anak-Anak. Jimat Duit!

18/01/2018
0

ORANG kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di...

Cara Mudah Sediakan Sup Brokoli Untuk Si Kecil Anda

18/01/2018
0

SEKARANG ni dah jadi macam kebiasaan bila melihat pasangan berkahwin muda. Ada yang sudah bergelar suami isteri seawal usia 18 tahun. #RelationshipGoals sangat!...

Next Post

Gulai Kawah Kambing Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd