• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Kemas Tiga Suri Rumah Diragut

oleh AK-47
20/08/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Tiga suri rumah kerugian besar apabila barang kemas mereka diragut dalam tiga kejadian berasing dalam tempoh satu jam setengah di sekitar Besut pada Isnin.

Dalam kejadian pertama, Mek Jah Awang Ngah, 58, sedang berada di halaman rumahnya di Kampung Gong Penaga, Jabi apabila mangsa didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali jam 11.00 pagi.

Dalam laporannya di Balai Polis Jerteh, beliau berkata suspek berpura-pura bertanya tentang rumah rakannya sebelum meragut rantai tangan emasnya dan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda.

Dalam kejadian kedua, di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, Norzaini Ismail, 40, juga didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 11.53 pagi.

Tanpa berkata sesuatu suspek meluru ke arah mangsa yang berada di hadapan rumahnya sambil menolak mangsa sebelum meragut rantai leher emas dan melarikan diri dengan kereta jenis Honda berwarna putih.

Kejadian ketiga pada kira-kira jam 12.30 tengah hari membabitkan seorang warga emas Tuan Yah Tuan Soh, 80, di Kampung Tok Has, Jerteh.

Dalam laporan kepada polis, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Penaga, Air Terjun telah pergi ke kedai makan milik anaknya di Kampung Tok Has apabila tiba-tiba datang seorang lelaki dengan secara tiba-tiba meragut tiga utas rantai tangan emasnya yang bernilai RM7,000.

Suspek telah melarikan diri dengan kereta ke arah Kuala Besut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Supt Noorzainy Mohd Noor berkata, satu pasukan khas telah digerakkan untuk mengesan seorang suspek yang dipercayai melakukan perbuatan jenayah kepada ketiga-tiga mangsa.  – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

Kasut Kurniaan Sultan Johor – Onn Hafiz

Pemimpin Hebat Akan Bubar DUN/Parlimen Awal, Yang Ditolak Rakyat Akan Bergayut Pada Kuasa Selama Boleh

01/07/2026
0

Oleh Mynewshub CEPLOS parti tertentu sibuk duk bertanya mengapa Onn Hafiz bubar DUN Johor awal....sebenarnya takda la awal mana pun...dah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd