• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

” Banyak Staf Nak Letak Jawatan, Tapi Peratusannya Masih Rendah “

oleh AK-47
26/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kadar peletakan jawatan di Syarikat Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang kurang daripada lima peratus adalah angka peratusan yang rendah.

Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, pihaknya mengakui telah menerima banyak permohonan peletakan jawatan dari kakitangannya selepas tragedi yang menimpa pesawat penerbangan MH17, namun setelah bantuan kaunseling diberikan kepada kakitangan berkenaan, bilangan permohonan peletakan jawatan yang diterima telah berkurangan.

“Berikutan kejadian MH17, terdapat permintaan mendadak dari anak-anak kapal pesawat MAS untuk meletak jawatan.

“Ramai kakitangan menjadikan tekanan dari keluarga sebagai alasan untuk meletak jawatan kerana MH17 dan MH370 tragedi, tetapi bilangan itu menurun kepada tahap yang boleh diterima dan rutin yang dijangkakan,” katanya.

Ditanya mengenai laporan sesetengah media luar dan tempatan yang mendakwa seramai 200 kakitangan MAS telah meletakkan jawatan susulan tragedi yang menimpa ke atas dua pesawat milik syarikat tersebut, pihak MAS berkata, angka tersebut merupakan angka tersebut direkodkan sejak awal tahun ini dan bukannya sejak insiden MH370 bermula.

“Jumlah peletakan jawatan anak kapal Malaysia Airlines adalah berjumlah sebanyak 186. Namun ia merupakan rekod dari Januari sehingga Julai 2014,” katanya lagi.

Detik hitam bagi syarikat penerbangan itu bermula sejak 8 Mac lalu apabila ditimpa insiden membabitkan kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang bersama anak kapal dari Kuala Lumpur menuju Beijing dilapor lenyap dari radar dan tidak dapat dikesan hingga ke hari ini.

Belum pun reda dengan kemelut yang melanda, syarikat tersebut sekali lagi terpaksa berhadapan dengan tragedi hitam membabitkan pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan krew penerbangan disahkan ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine ketika menuju ke Kuala Lumpur dan mengorbankan kesemua nyawa di atas penerbangan tersebut.

Tegas pihak MAS, sebagai majikan, pihaknya bertanggungjawab dalam memberikan sokongan dari segi emosi kepada semua anak-anak kapal sejak tragedi MH370.

“MAS telah mengadakan solat khas sebagai sokongan rohani untuk kakitangan dalam menghadapi tempoh yang sukar ini.

“Minggu lalu, satu ceramah khas diberikan kepada ‘Wacana Eksklusif – MH370 dan MH17 dari perspektif Islam untuk semua kakitangan Muslim bagi membantu mereka menghadapi situasi ini,” jelasnya.

Tags: MAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd