Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sirul Boleh Diekstradisi Jika...

KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati...

Denda RM15,000 Gagal Daftar...

Johor Bahru - Syarikat pembinaan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Hishammuddin Ikrar Tidak Akan...

MARUAH... Di sebalik tohmahan jahat yang mendakwa konon beliau ketua geng lompat parti,...

Kerajaan Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula seorang...

Abdul Wahid Omar Bakal Terima Anugerah Doktor Kehormat MMU

Universiti Multimedia Malaysia (MMU) akan menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Ph.D kepada tiga orang penerima dalam Majlis Isitiadat Konvokesyen Ke-15 yang bakal diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2014.

Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi akan dianugerahkan kepada Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang korporat dan kewangan yang telah berjaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Abdul Wahid,50, pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pengurusan bagi tiga syrikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Maybank Berhad, Telekom Malaysia Berhad (TM) and UEM Group Berhad.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi sejak Jun tahun lalu.

Sewaktu mengemudi TM daripada Julai 2004 hingga Mei 2008, Abdul Wahid turut terlibat dalam pembangunan awal model pendidikan swasta yang membuka laluan bagi penubuhan MMU.

Ijazah doktor kehormat beliau akan disampaikan oleh Canselor MMU Tun Zaki Tun Azmi pada Sabtu ini.

Abdul Wahid dalam kenyataan sempena penganugerahan itu berkata, sebagai bekas CEO Telekom Malaysia dan individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan universiti itu, penghormatan yang diberikan kepadanya mempunyai makna yang signifikan.

Tambah beliau, rakyat Malaysia sangat bertuah kerana berpeluang untuk mendapat pendidikan percuma daripada sekolah rendah sehingga menengah dan seterusnya mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke insititusi pengajian tinggi awam mahupun swasta seperti MMU.

“Sebaik sahaja mempunyai kelayakan akademik, transisi ke alam pekerjaan adalah di tangan anda. Pertumbuhan ekonomi yang pesat secara tidak langsung membuka peluang untuk pekerjaan dan menggalakkan pembangunan industri, sekaligus membuka ruang untuk syarikat-syarikat di Malaysia untuk berjaya dengan luas,” katanya dalam kenyataan media oleh MMU.

Dua lagi individu yang akan menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat pada istiadat konvokesyen tahun ini ialah Pengerusi Kumpulan EMKAY Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar dan Profesor Pengerusi Seni Media dan Dekan Fakulti Media Kreatif di The City University; Hong Kong Prof. Jeffrey Shaw.

Dr Mustapha Kamal, 65, akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah juga pada Sabtu ini bagi menghargai sumbangan penting beliau dalam bidang pembangunan hartanah, keusahawanan dan kerja-kerja kebajikan.


Pada tahun 1985 beliau telah mencapai kejayaan pertama yang amat mengagumkan, iaitu projek pembangunan penempatan baru yang berbilai RM200 juta yang merangkumi kediaman dan unit komersial di Bandar Baru Sungai Buloh.

Beliau kemudiannya mencatat profil yang cukup membanggakan saban tahun serta menerima gelaran ‘Raja Rumah Mampu Milik’.

Sementara itu, Ijazah Doktor Kehormat Media Kreatif pula akan diterima oleh Prof. Jeffrey Shaw, 70, pada Ahad ini bagi mengenang jasa beliau dalam bidang media kreatif dan media baru. Beliau merupakan tokoh terkemuka dan menyumbang serta bertanggungjawab dalam membentuk perkembangan teknologi dalam media hari ini.

Selain daripada penerima anugerah kehormat, isitiadat konvokesyen tersebut akan menyaksikan penganugerahan 4,256 Ijazah Sarjaan Muda dan Diploma dalam bidang Kejuruteraan, Informasi Teknologi (IT), Multimedia Kreatif, Sains Hayat, Pengurusan, Perakaunan dan Undang-Undang termasuk 711 penerima Diploma daripada Kolej Multimedia (MMC), yang merupakan anak syarikat MMU.

Majlis itu akan turut disertai oleh 552 orang siswazah antarabangsa, dengan 10 orang daripada mereka merupakan warganegara Palestin.

Selain itu, MMU juga akan menyampaikan skrol Ijazah Sarjana Muda kepada tiga orang graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berjaya menamatkan pengajian mereka meskipun terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan.

Selain itu, MMU juga akan mengadakan ConvoFest14 esok bersempena majlis konvokesyen tersebut bagi meraikan kejayaan graduan serta memberikan kesedaran terhadap keupayaan dan kebolehan alumni universiti itu.

Pelbagai acara dijadualkan termasuk pertandingan bola sepak jalanan, pesta buku, bazar, pameran auto, pertandingan makanan, persembahan muzik, sukan lasak, zon kanak-kanak serta sesi demonstrasi memasak oleh pemenang MasterChef Malaysia Chef Dr Izzani. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori