• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Hilang Dikhuatiri Lemas Di Sungai Perak

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Dua beradik hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan mereka di Sungai Perak berhampiran Batu Musafat, Bekut di sini semalam dan usaha mencari diteruskan hari ini.

Meor Mohamad Izzat Meor Mazinun, 13, dan Meor Mohammad Fahmi, 11, dilaporkan mandi di sungai itu sebelum disedari hilang pada pukul 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Zul Azman Jamaluddin berkata usaha pencarian yang disambung pada sebelah pagi masih diteruskan dengan bantuan Unit Scuba dan Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba.

“Operasi mencari dijalankan dalam jarak dua kilometer dari kawasan kejadian ke arah hilir sungai. Sekiranya mereka tidak dijumpai sehingga esok, kami akan luaskan kawasan operasi,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi kejadian di sini hari ini.

Sebanyak 142 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Pejabat Tanah dan Daerah serta penduduk tempatan turut membantu mengesan kedua-dua beradik itu.

Sementara itu bapa dua beradik itu, Meor Mazinun Muin, 43, yang tinggal di Kampung Bekut di sini berkata laporan polis mengenai kehilangan kedua-dua anaknya itu dibuat pada pukul 5.40 petang semalam.

“Selepas balik dari sekolah semalam kira-kira pukul 3.30 petang mereka meminta kebenaran ibu mereka untuk pergi memancing,” katanya.

Meor Mazinun yang bekerja sendiri itu berkata anak-anaknya bersama-sama dua rakan pergi memancing dan juga mandi di kawasan berkenaan.

“Adik-beradik itu memang tidak pandai berenang. Kejadian dipercayai apabila si adik cuba menyelamatkan abangnya yang tergelincir. Dalam masa yang sama dua rakan lain minta tolong orang yang berada berhampiran jeti,” katanya.

Beliau berkata Mohammad Izzat yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz dan Mohammad Fahmi pula di Sekolah Kebangsaan Seroli sangat rapat antara satu sama lain.

Kedua-dua beradik itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik selain kakak berusia 16 tahun dan adik perempuan berumur lima tahun, katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd