Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lydia Ko Ungguli Pusingan...

KUALA LUMPUR – Bekas pemain No.1 dunia, Lydia Ko mencatatkan tujuh bawah par...

60 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap...

“Hanya Peminat, Mona Bukan...

HUBUNGAN cinta mereka umpama timbul tenggelam, tetapi mungkin dua artis ini lebih selesa...

Biar Betul…Mona Lisa Adalah...

Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia 'Mona Lisa' tidak perlu disangkal lagi.Lihatlah ajaibnya lukisan...

Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

SEORANG isteri berusia 34 tahun trauma apabila menjadi mangsa rogol penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang dipecah masuk sekumpulan perompak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan kehadiran tiga perompak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa turut diacukan pisau dan diugut oleh seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri sebelum dirogol. Sementara, dua lagi perompak berada di luar bilik.

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh.

“Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Tambah Yusof, setelah mengetahui kejadian itu, suami mangsa dan jiran berusaha mengejar suspek tetapi gagal.

Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Sementara itu, pemeriksaan di sekitar kawasan rumah mendapati terdapat kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.


Selain dirogol, beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 milik mangsa turut dicuri.

Mangsa dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Kategori