Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes 6 Lelaki Terlibat...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes enam lelaki...

Bajet 2019: Melaka Harap...

MELAKA - Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peningkatan pulangan cukai kepada...

Jijik…Wanita Jadikan Anak 2...

TIDAK berhati perut dan kejam. Seorang wanita dari Washington tergamak melakukan penderaan seksual ke...

Flakka: Dadah Paling Bahaya...

FLAKKA, sejenis dadah stimulan sintetik yang boleh mengubah kelakuan manusia menjadi agresif dan...

PAS Desak Tubuh RCI Insiden Memali Era Mahathir

DRAMA kekecohan ketika program Nothing To Hide 2 ekoran soalan berkaitan insiden Memali kini telah membuka luka lama dalam kalangan ahli PAS terhadap peristiwa berdarah pada 1985 itu.

Jawapan ‘bodoh’ diberikan Mahathir Mohamad dalam forum anjuran sayap pemuda parti ciptaannya di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu itu akhirnya membongkar banyak rahsia kezaliman beliau sendiri yang cuba dirahsiakan.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang secara terbuka mendakwa jawapan Mahathir yang menjadi perdana menteri pada waktu kejadian itu; ketika sesi soal jawab dalam program berkenaan adalah punca kekecohan.

Hari ini pula, timbalan beliau sendiri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media mendesak agar kerajaan dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali tersebut.

Beliau antara lain mempersoalkan hujah Mahathir mempertahankan tindakan kerajaan pimpinannya waktu itu dan sama ada kebenaran kini tidak penting kerana memerlukan Pengerusi PPBM itu untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985 itu, pasukan polis gempur kawasan terpencil berkenaan untuk menangkap seorang guru agama, Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.

Beliau yang merupakan pendakwah dan ahli tegar PAS hanya dilindungi ratusan penyokongnya di sebuah bangunan kecil situ dengan bersenjatakan parang, kapak dan buluh runcing kerana didakwa konon menyebarkan ajaran sesat.

Baca: Kecoh Nothing To Hide Tapi Mahathir ‘Hide’ Isu Memali

Musa Hitam (kanan) dengan Mahathir Mohamad. – Gambar Arkib

Seramai 14 daripada mereka termasuk Ibrahim terbunuh dalam peristiwa itu manakala empat orang anggota polis turut maut. Kes itu turut menyebabkan masyarakat Melayu hilang sokongan terhadap kerajaan pimpinan Mahathir.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri ketika insiden itu teruk dikecam oleh penyokong PAS atas dakwaan konon beliau memberi arahan kepada polis untuk gempur.


Sebaliknya dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan tiga tahun lalu, Musa mendedahkan rahsia bahawa Mahathir sebenarnya masih lagi berada di Kuala Lumpur pada waktu itu dan bukan di Beijing seperti diketahui selama ini.

Dakwanya lagi, beliau telah meminta Mahathir untuk menangguhkan lawatan ke ibu kota China itu dengan memberi tiga alasan iaitu kes ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu dan Islam tetapi berlaku di Kedah, negeri asalnya.

Juga dengan menangguhkan acara lawatan rasmi ke China, Mahathir boleh menunjukkan bahawa beliau mengambil berat terhadap insiden kecemasan yang berlaku dalam negara sendiri secara langsung untuk makluman oleh rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pembentukan sebuah RCI akan memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah akibat permainan Mahathir ketika memerintah dahulu.

Beliau malahan mendakwa Kertas Putih mengenai peristiwa itu yang pernah dibentangkan di Parlimen dan dikemukakan kerajaan di bawah pentadbiran Mahathir sebagai “pembohongan”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori