• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA: Annuar Musa Terima Keputusan Digantung Tugas

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akur dengan keputusan penggantungannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Annuar yang kini berada di New Zealand, berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan mesyuarat khas Ahli Majlis MARA yang diadakan hari ini itu.

“Saya tidak tahu mereka akan mengadakan mesyuarat dan saya belum pernah dipanggil dan ditanya tentang apa-apa isu secara rasmi (sebelum ini),” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya beliau hanya dimaklumkan keputusan itu oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan Dr. Yusof selepas mesyuarat selesai.

Annuar berada di New Zealand bagi urusan rasmi MARA antaranya menghadiri Mesyuarat Bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (OTAGO University) serta dijangka pulang ke tanah air pada Khamis.

Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob dalam sidang akhbar hari ini, berkata penggantungan Annuar dibuat bagi membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi itu termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Sepanjang penggantungan itu Annuar tidak boleh mengakses informasi dan sebarang arahan yang melibatkan tugas sebagai pengerusi manakala semua tugasnya akan dipangku Yusof selepas mendapat persetujuan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau sedia memberi kerjasama dalam siasatan yang akan diadakan.

Annuar turut menegaskan beliau pernah meminta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Ibrahim untuk mengadakan audit dalaman selepas timbul pelbagai khabar angin mengenai isu itu.

“Tuduhan dan kenyataan yang keluar itu macam-macam, jadi saya beritahu menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan ketua pengarah (MARA) supaya dibuat audit dalaman atas perkara-perkara yang berkaitan.

“Tidak ada sesiapapun yang boleh mengatasi peraturan, bagi saya segala kerja mesti mengikut peraturan-peraturan yang ada, dan kalau ada tuduhan-tuduhan pihak berkenaan kena siasatlah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaMARATRWUniKL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd