Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Sarawak Sedia Bantu...

SRI AMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak bersedia membantu Lembaga Pelesenan Kenderaan...

Pukul Ustaz Di Pusat...

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap...

DUKE Fasa 2 Dibuka...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun...

Harga Minyak: Azizah, Pua...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) membidas pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataan mengenai kenaikan...

Malindo Air Nafi Penyelia Lelaki Periksa Tubuh Calon

KUALA LUMPUR – Malindo Air menafikan laporan sebuah media bahawa pemeriksaan tanda kekal pada tubuh badan calon pramugari syarikat penerbangan itu dilakukan oleh penemuduga lelaki.

Malindo Air dalam satu kenyataan media hari ini berkata, siasatan dalaman syarikat penerbangan itu berikutan laporan tersebut mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Pemeriksaan ke atas tanda yang boleh kelihatan (pada tubuh badan calon) dijalankan secara profesional oleh penyelia wanita secara persendirian sebagai sebahagian daripada proses temuduga.

“Pemeriksaan ke atas calon pramugari Malindo Air itu bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang tanda kekal yang boleh kelihatan sewaktu memakai uniform,” kata kenyataan itu hari ini.

Malindo Air berkata, setiap calon pramugari syarikat penerbangan itu telah dijelaskan serta memberi kebenaran untuk melakukan pemeriksaan tersebut dan sehingga hari ini terdapat seramai 700 pramugari di Malindo Air.


Kata Malindo Air, pemeriksaan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) syarikat penerbangan berkenaan dalam menemuduga calon pramugari sejak empat tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori