• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah Felda: Isa Beri Keterangan Kepada JSJK

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di sini berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata Mohd Isa tiba bersama-sama empat pegawainya di pejabat JSJK yang terletak di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 10.30 pagi.

“Kita masih dalam proses merakam percakapan beliau… Proses ini disambung selepas solat Jumaat nanti,” kata Amar Singh kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya telah memanggil lapan individu termasuk pegawai Felda serta pihak pemaju bagi merakam percakapan selain mengambil keterangan daripada seorang lagi individu pada Isnin depan untuk bantu siasatan.

Beliau berkata siasatan setakat ini hanya memfokuskan kepada isu pemindahan hak milik tanah Felda.

Amar Singh berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.

Pada 21 Disember lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu serta Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017. – BERNAMA

Tags: FeldaTan Sri Isa Samad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd