• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Aliff Syukri Kata Dia Sombong? Apa Ceritanya Ni?

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERJAYA macam mana pun anda, ibu bapa adalah insan paling utama dalam kehidupan. Tanpa doa mereka, pasti kehidupan kita tidak sempurna.

Itulah apa yang dapat dilihat dalam hubungan baik yang terjalin antara usahawan  D’herbs Terlajak Laris, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman bersama ibunya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang pengasas Sendayu Tinggi.

Menerusi video berdurasi kurang daripada 10 minit itu, ia memaparkan Aliff yang begitu semangat berborak dengan ibunya sementelahan meminta wanita berkenaan untuk memilih hadiah yang dibeli daripada luar negara.

Berikutan terlalu excited, Aliff yang berbaju kemeja putih itu secara tidak langsung telah mengeluarkan satu kata yang mungkin pada dasarnya agak kurang manis, sehingga wanita itu menegurnya ‘sombong’.

“Beg mak saya ni berharga RM10 ya. I tak main lah beg RM10. Hello? Hello? It’s not my taste,” ujarnya sambil memegang beg ibunya.

Perkara tersebut lantas, menjadikan Aliff serba salah dan memberitahu bahawa itu adalah cara bagaimana dia berkomunikasi dengan ibunya agar orang ramai tidak salah faham berkenaan insiden tersebut.

“Sorry, sorry. Ini dengan mak saya lah. Saya dengan mak saya memang macam tu. Perangai saya memang gila-gila. Memang macam ni. Korang tak baik kata saya jahat,” seloroh Aliff dengan nada bergurau.

Kejadian itu yang berlaku di perkarangan rumah ibu kepada Aliff bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ternyata, rata-rata antara mereka beranggapan Aliff seolah ingin mencari perhatian dan menunjuk-nunjuk kekayaannya.

“Tuhan beri kemewahan kepada dia… Dia hanya mahu kita lihat kesenangan dia sebagai orang kaya… Siapa dia untuk kita agung kan adakah dia seorang khalifah atau seorang pemimpin orang ke jalan Allah bersenang-senanglah dengan duniawi ini… mintalah orang terus sujud padamu..,” tulis Nelson Biederman IV di ruangan komen.

“Orang bilang mau menunjuk… Abis tu ko rakam dan tunjuk kat orang tu mende? Sorry dah tak minat dato’ yang semakin lama semakin riak dalam diam,” komen Ihsan Jw.

Video yang menjadi tular itu sehingga kini telah menerima lebih 9,000 tontonan daripada netizen di laman YouTube.

Hmmm… tak salah kalau nak berkongsi kegembiraan tu, tapi rasanya tak payah lah sampai bersungguh nak kena viral.

Semua orang pun bagi juga hadiah untuk ibu bapa. Siap ada yang bagi kereta dan rumah, hmmm… tak ada pun nak rekod bagai. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: aliff syukrikeluargaterlajak larisviral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd