Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Lindungi Penjenayah, Amaran...

IPOH - "Jangan sesiapa cuba lindungi dan jaga penjenayah," demikian amaran Menteri Besar...

Gelekan Maut: Gadis California...

TWERKING atau mudah dikatakan sebagai gelekan 'maut' sudah semakin digilai remaja perempuan di...

Atlet Paralimpik Harapan Negara...

KUALA LUMPUR - Pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon,...

Sudah Tiba Masa Rakyat...

KUALA LUMPUR – Dalam usaha Malaysia ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi,...

Wanita China Sukar Lepasi Imigresen Kerana Wajah Berbeza

SEOUL – Pembedahan plastik di Korea Selatan kini menjadi satu industri dan terkenal di dunia. Kalau tidak masakan orang ramai terutama wanita sanggup terbang ke negara itu demi memperoleh kecantikan yang tidak asli.

Antara tumpuan ialah wanita dari negara jirannya, China sehinggakan wajah baharu mereka selepas pembedahan langsung sukar dikenali.

Masalah mengundang wanita China ini apabila mereka terpaksa berdepan dengan pemeriksaan ketat di lapangan terbang untuk masuk ke negara mereka sendiri.

Ini kerana gambar ketika sebelum pembedahan adalah jauh begitu berbeza dengan gambar selepas menjalani pembedahan plastik.

Jika sebelum ini mata sepet, kini menjadi besar, hidung pesek pula dibedah menjadi mancung dan memiliki dagu yang tirus.


Menurut portal Daily China, ada sesetengah wanita telah disekat di bahagian pemeriksaan pasport akibat perubahan yang begitu berbeza daripada gambar pasport mereka.

Selepas pemeriksaan ketat dijalankan, mereka kemudiannya dinasihatkan supaya memperbaharui semula gambar pasport berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Justeru bagi memudahkan pesakit dari negara China melepasi pemeriksaan Imigresen di negara mereka sendiri, hospital yang melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan ini terpaksa mengeluarkan sijil pembedahan plastik.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori