Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TMJ Kata Tiada Masalah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan baginda...

Harga Petrol Jatuh 3...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Telco Kaji Pilihan Pelanggan...

PUTRAJAYA - Para penyedia komunikasi akan menjalankan kaji selidik sama ada pelanggan lebih...

Tips Tangani Anak Dari...

APA itu Cyber Bully?Cyber bully atau buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan...

Khazanah Bangsa Melayu Perlu Dipertahan Dan Diberi Nafas Baharu

JOHOR BAHARU – Segala khazanah bangsa Melayu perlu terus dipertahan dan diberi nafas baharu bagi memastikan tamadun Melayu terus kekal dan boleh dinikmati dari generasi ke generasi.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha mempertahankan warisan bangsa adalah tanggungjawab orang Melayu agar ia tidak luput ditelan arus kemodenan.

“Berilah pencerahan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam pentadbiran negeri Johor.

“Bagaimana cara dan jalan terbaik untuk kita memulihara dan memperkembangkan segala aspek tamadun dan khazanah warisan bangsa kita,” kata beliau ketika merasmikan persidangan Tamadun Melayu Johor di Persada Johor, di sini Rabu malam.

Mohamed Khaled berkata dengan adanya persidangan seperti ini, ia boleh menjadi platform bagi mencetuskan idea dalam visi mewujudkan pusat rujukan global untuk tamadun Melayu.


Mohamed Khaled berkata Johor sesuai dijadikan Pusat Kebudayaan Melayu berkepentingan global berdasarkan sumbangan negeri ini kepada pembangunan dan kelestarian tamadun Melayu selain menjadi sebahagian dari Empayar Johor Riau yang masyhur.

Selain itu, Johor menjadi negeri Melayu pertama memperkenalkan perlembagaan bertulis dan mempelopori konsep Raja Berperlembagaan.

Mohamed Khaled berharap persidangan tiga hari itu bakal memberi input kepada usaha berterusan dan memberi naratif baharu kepada pembangunan Johor yang sejahtera, berbudaya dan berkemajuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori