• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulin Aziz Mohon Netizen Henti Caci Iqram

oleh AK-47
24/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Iqram Dinzly semakin mendapat perhatian negatif daripada netizen kerana sering mempamerkan perilaku yang ‘pelik’ di laman sosial.

Akibat itu, ramai pakar perubatan yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon berusia 36 tahun itu.

Baca: Pakar Perubatan Gesa Iqram Dapat Rawatan, Sokongan

Bagi pelakon dan pengacara Zulin Aziz, sebagai seorang rakan, dia terpanggil untuk menegur sikap netizen yang seakan-akan memberi tekanan kepada Iqram untuk ‘kembali normal’.

Melalui status di akaun Twitternya baru-baru ini, Zulin dilihat terkilan dengan tindakan netizen yang mencaci Iqram.

Menurutnya, netizen seharusnya memberi sokongan bukannya ‘menghangatkan’ lagi hati anak jati Perak itu.

“Aku tak faham yang sejenis pergi dekat Live (Instagram) Iqram Dinzly tu, lepas tu maki-maki dia. Manalah tahu dia stres ke apa ke kau tambah lagi buat apa. Kasihan aku tengok. Bagilah dia semangat ke doakan dia ke.

“Pada mulanya dia menari saja. Tapi, bila orang usik dia, kata dia macam-macam, sibuk hal dia, mungkin sebab itu dia buat lagi teruk sebab geram sangat dah. Hati dia siapa yang tahu,” tulisnya di laman Twitter.

Zulin turut menyifatkan Iqram sebagai seorang kawan yang baik kerana sering menjaga kewajipannya sebagai Muslim.

Dia juga memohon netizen supaya berhenti melontarkan kecaman dan kritikan kepada Iqram, sebaliknya mendoakan pelakon drama Dunia Baru itu.

“Iqram ini memang solat tak tinggal. Lepak dengan dia dekat pusat beli-belah cari surau. Datang rumah terbuka aku minta tumpang solat. Bukan dibuat-buat pun. Doakan yang baik untuk dia. Dia orang yang baik,” tulisnya lagi.

Iqram dilihat semakin pelik apabila bapanya disahkan meninggal dunia. Namun, sebelum ini Iqram pernah menyatakan perkara ini sementara bagi memperomosikan perniagaannya, Bawaabata Merebucks. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Iqram Dinzlyzulin aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gagal Bayar Cukai RM77,000, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

15/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis. Aktor kontroversi...

Lebih 1 Juta Tonton Video Muzik Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin

08/11/2018
0

PENGACARA Zulin Aziz berharap peminat serta pendengar mengambil nilai positif yang disampaikan dalam single terbaharunya berjudul Dan Ketika Itu. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd