Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Warga Nigeria...

MELAKA: Sepasang kekasih warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Harga Barang Turun Besar-Besaran...

KUALA LUMPUR - Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan...

Gambar Ikan Jerung Tular…...

MEDIA sosial baru-baru ini heboh dengan penyebaran gambar nelayan berjaya menangkap seekor ikan...

Eskalator Terpanjang Hong Kong...

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera selepas sebuah eskalator mengalami masalah teknikal dalam kejadian di pusat...

Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam ‘Drama’ Murahan

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri apabila naik satu kontoversi antara kekasihnya dengan pasangan artis lain, kini pelakon utama drama Titian Cinta itu tampil memberikan komen.

Zulkifli Ariffin atau lebih mesra disapa sebagai Zul Ariffin, ketika ditemui oleh pihak Astro Gempak enggan mengulas panjang mengenai kontoversi yang terjadi beberapa minggu yang lalu.

“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?

“Adakah perkara ini terjadi untuk erat silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk promosi drama atau ada sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul ketika ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 malam tadi.

Sebelum ini, kekasih hati Zul sendiri, Zahirah Macwilason dikatakan menjadi punca kepada hubungan cinta antara Kamal Adli dan Emma Maembong retak.

Ketika ditanya mengenai status hubungannya bersama dengan Zahirah, Zul tidak mengulas panjang dan hanya menjawab dengan ringkas serta agak ‘makan dalam’.

“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?

“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” tambahnya lagi dipetik daripada portal Astro Gempak.

Jelaslah kontroversi yang terpalit itu sedikit sebanyak telah mengganggu konsentrasi dan perjalanan karier pelakon berusia 31 tahun itu.


Manakan tidak, Zul sekarang sedang sibuk mempromosikan filem lakonanya sebelum ini, Tombiruo: Penunggu Rimba yang kini ‘meletup’ di pawagam serta beberapa drama lain yang akan datang.

Jadi dengan kontroversi murahan seperti itu sedikit menganggu aktiviti hariannya.

“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” jelasnya pelakon yang berasal dari Taiping, Perak itu.

Walau bagaimanapun, kontroversi itu bagaikan hilang dibawa angin selepas semua pihak yang terlibat tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kalau semuanya sudah selesai, baguslah. Jangan lepas ini naik semula isu ni sudahlah. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori