Zeti Tidak Beritahu Mahathir Pelantikan Jalil

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, beliau tidak mendapat maklumat berkaitan pelantikan Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa 1 Oktober.

“PNB di bawah Zeti (Pengerusinya, Tan Sri Dr. Zeti Aziz). Zeti tidak beritahu saya pun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Perdana Menteri ditanya persoalan sama ada Jalil memahami hal ehwal ekonomi bumiputera di negara ini berikutan pelantikan itu, memandang beliau mempunyai pengalaman di luar negara.

Lulusan Sarjana Sains dalam Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari The London School of Economics & Political Science (LSE), United Kingdom, Jalil memulakan kejayanya pada 2003 sebagai graduan pelatih di Aberdeen Standard Investments.

Beliau kemudiannya menjadi Pengurus Pelaburan dan Ketua Ekuiti sebelum mengambil alih jawatan CEO di Aberdeen Islamic Asset Management pada 2010.

Jalil meninggalkan Aberdeen untuk menyertai Invesco pada 2013, dan sejak itu menjadi CEO (Asia Selatan). – UTUSAN ONLINE

Loading...