• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Naik Sah Dapat Kerakyatan Arab Saudi

oleh
20/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi memberikan kerakyatan negara tersebut kepada pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Abdul Karim Naik, menurut laporan media antarabangsa.

Beliau menjadi tumpuan ekoran merupakan individu dikehendaki di India kerana didakwa konon membiayai aktiviti keganasan dan terlibat pelaburan wang haram sehingga menerima waran tangkap notis merah Interpol.

Menurut laporan media Arab Saudi, pendakwah kelahiran Mumbai yang kini berusia 51 tahun itu berjaya meninggalkan India pada tahun lalu untuk mengelak daripada ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kerajaan India dilaporkan sedang berusaha keras untuk membatalkan pasport antarabangsa Zakir dan meminta pihak Interpol agar mengeluarkan notis merah terhadap beliau bagi membolehkan usaha penangkapan beliau.

Sumber kerajaan Arab Saudi dipetik portal Middle East Monitor melaporkan bahawa Zakir yang berada di negara Asia Barat itu akan dipaksa kembali ke India jika pasportnya berjaya dibatalkan oleh pihak imigresen di Mumbai.

Bagaimanapun Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kemudian dilaporkan berkenan memberikan taraf kewarganegaraan kepada Zakir untuk melindungi keselamatan beliau daripada cuba ditahan pihak Interpol.

Zakir Naik Sah Dapat Kerakyatan Arab Saudi

Namun, laporan eksklusif tersebut tidak dapat disahkan ekoran ada pihak mendakwa Zakir menyangkal berita itu, tetapi semakan terhadap status penafian berkenaan pula menunjukkan ia bukan kenyataan rasmi beliau sendiri.

Pada November tahun lepas, akhbar berpengaruh Hindustan Times di India melaporkan konon Zakir sudah diberi kerakyatan Malaysia, tetapi perkara tersebut dinafikan keras oleh pihak Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation dan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat kebangsaan pernah diberikan pihak imigresen Malaysia taraf sebagai Penduduk Tetap sejak lima tahun lepas.

Beliau yang sering menjelajah ke seluruh dunia untuk berdakwah bagaimanapun dibenci gerakan anti-Islam ekoran kejayaannya mematahkan hujah bukan Muslim ketika berceramah sehingga menyebabkan ramai memeluk Islam.

Ini menyebabkan Zakir pernah menerima ugutan jenayah termasuk ancaman bunuh dengan tawaran ganjaran cukup lumayan jika ada sesiapa yang berjaya memenggal kepalanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd