• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Harap Proses Beri Keterangan Kepada SPRM Selesai Hari Ini

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap proses memberi keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung dakwaan kes penyelewengan dana sebuah yayasan dapat diselesaikan hari ini.

“Saya harap begitulah,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita sama ada proses mengambil keterangannya akan selesai sepenuhnya pada hari ini.

Ahmad Zahid hadir di SPRM berkenaan selama tiga hari berturut-turut bermula Rabu bagi membantu siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu dipercayai melibatkan sebuah yayasan.

Proses mengambil keterangan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu ditangguhkan bagi memberi ruang kepada solat Jumaat serta rehat, dan dijangka bersambung pada pukul 3 petang ini.

“Saya akan sambung beri keterangan selepas solat Jumaat…saya akan balik (pulang ke SPRM), tidak lari,” katanya.

Terdahulu bekas timbalan perdana menteri itu tiba di SPRM pada pukul 9.18 pagi.

Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter pada Isnin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada agensi berkenaan. – BERNAMA

Tags: SPRMZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johari Nafi Lagi Jadi MB Kedah Baharu

Next Post

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd