• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusof Azmi Kembali Beraksi Seperti Biasa

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN baru tampil di Balai Polis Kajang dan kemudiannya ke mahkamah semalam, ia tampak tidak sedikit pun mematahkan semangat perjuangan Yusof Azmi apabila hari ini beliau kembali memperjuangkan isu-isu kepenggunaan tanpa gentar.

Tampil berserban memperjuangkan nasib pihak yang tertindas, Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu bersama pengadu terus melakukan ‘lawatan’ di ibu pejabat syarikat Chevron Malaysia Limited (Caltex) di Pusat Bandar Damansara hari ini.

Perjumpaan dilakukan itu adalah untuk mendapatkan jawapan dan maklumbalas mengenai isu penganiayaan ke atas pengusaha minyak yang diarahkan tutup operasi tanpa sebab munasabah.

Ia merupakan perjumpaan kali kedua pihak PPIM dengan Chevron namun kami difahamkan, masih tiada jawapan bernas yang diberikan oleh syaikat minyak gergasi antarabangsa tersebut.

Turut kelihatan di dalam serbuan itu, Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin dan salah seorang mangsa yang ditamatkan kontrak operasi, Fadzilah Abdul Hamid.

Difahamkan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh mangsa untuk mengajak pentadbiran tertinggi syarikat tersebut ke meja rundingan namun seringkali ditolak tanpa alasan kukuh oleh pihak ataupun dengan pelbagai alasan.

Mangsa juga mendakwa pihak Chevron seakan ‘gengster besar’ tidak mahu memulangkan semula wang deposit pembukaan stesen minyak.

Seperti yang diketahui, pendedahan yang dilakukan Yusof semakin mendapat perhatian apatah lagi perjuangan radikanya berjaya mengangkat isu pengguna.

Menyertai PPIM enam tahun lalu, bapa kepada enam cahaya mata ini semakin mendapat nama apabila berjaya menyelesaikan beberapa isu besar membabitkan syarikat pajakan kenderaan, memperjuangkan nasib pemilik stesen minyak dan terbaharu membabit isu penipuan pembelian rumah.

Namun, perjuangan Yusuf lebih awal daripada itu apabila giat membela nasib peminjam ceti haram dan kes penipuan telefon.

Semalam, Yusof Azmi bersama Ali Salimin dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah berikutan didakwa menceroboh premis syarikat pajak gadai kereta, AGR Auto Trade Sdn. Bhd. pada Julai lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan stor syarikat berkenaan di Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, di sini dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kedua mereka boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Begitu berat ujian dan halangan yang dihadapi oleh “hero” pengguna ini biarpun memperjuangkan hak pengguna yang tertindas. Usah gentar dan teruskan melakukan apa yang difikirkan benar! – MYNEWSHUB.CC

Tags: PPIM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Kerap Maki Hamun Sejak Sertai Pembangkang?

Next Post

Rezeki Syamel Sertai ABU TV Song Festival Di China

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

Next Post

Rezeki Syamel Sertai ABU TV Song Festival Di China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd