• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yazid Sufaat Bebas, Perlu Pakai Peranti Elektronik

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota militan rakyat Malaysia, Yazid Sufaat yang memperoleh empat tan ammonium nitrat pada 2000 sebagai persediaan dalam komplot pengeboman yang gagal di Singapura, sudah dibebaskan dari penjara, kata sumber kepada akhbar The Straits Times Singapura.

Pakar biokimia terlatih Amerika Syarikat (AS) berusia 55 tahun itu yang pernah cuba menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) untuk Al-Qaeda, dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dua tahun selepas menjalani tempoh maksimum dibenarkan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu The Straits Times, Yazid dibebaskan selepas Lembaga Pencegahan Keganasan Malaysia mengadakan pertemuan pertengahan November lalu bagi membincangkan perkara itu.

“Dia akan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun dan perlu memakai peranti pemantau elektronik (EMD). Jika dia berhasrat keluar dari Ampang, Yazid perlu memaklumkan Ketua Polis Ampang,” kata Ayob merujuk tempat tinggal Yazid.

Ayob berkata, walaupun Yazid dibenarkan menggunakan telefon, dia dilarang memiliki akses ke internet.

“Dia juga tidak dibenarkan keluar rumah antara jam 8 malam dan 6 pagi namun bebas menerima pengunjung. Selepas dua tahun, pihak berkuasa akan menilai semula segala-galanya sebelum membuat keputusan,” katanya.

Sumber perisikan berkata, Yazid jelas ‘menyesali perbuatannya’ berdasarkan input dari Jabatan Penjara, menjurus pihak lembaga membebaskannya.

Satu lagi sumber berkata: “Pasukan khas akan memantaunya. EMD perlu dicas dari semasa ke semasa. Kami akan dimaklumkan jika ia gagal berfungsi atau cubaan menanggalkannya.”

Pembebasan itu dibuat hampir sebulan selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan laporan The Straits Times bahawa Yazid akan dibebaskan selepas menjalani hukuman, mengatakan polis tidak akan mencabar pembebasannya. – Agensi

Tags: Al-QaedaAnggota MilitanSingapuraYazid Sufaat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AMK Tegas Pertahan Kepimpinan Mahathir

Next Post

Mahathir Tegur MP Tidak Hadir Sidang Dewan Rakyat

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Mahathir Tegur MP Tidak Hadir Sidang Dewan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd