• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Agen Seks Cara Baharu Di Kuala Lumpur

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

30 tahun dahulu, Bukit Bintang (BB) sinonim sebagai kawasan beli-belah didominasi masyarakat Cina. Plaza Lot 10 dan Low Yatt menjadi tumpuan anak muda Cina membeli-belah. Barangan pula ada kelas.

Tahun sembilan puluhan, muncul Bintang Walk, Pavillion, Starhill dan Times Square. BB mula mencapai era Malaysia sebagai syurga beli-belah tanpa ras.

Kemunculan Pavillion yang membawa masuk puluhan jenama Barat yang up to date serta Low Yatt yang menjadi medan gajet bagi menjana trend penggunaan komputer, melengkapkan imej baharu BB sebagai Segi Tiga Emas.

Sebagai wartawan, era sembilan puluhan dan dekad pertama alaf baharu mencipta banyak laporan. BB juga mewah dengan pseudo dunia gelap pelacuran pelbagai kelas.

Selain dunia terang apabila muncul generasi Y dengan kegilaan trend punk, grunge dan emo, persekitaran BB lengkap sebagai lokasi rujukan hitam putih mobilisasi sosial kewujudan mendadak kelas menengah Melayu.

Semua ini menyeret BB kembali ke zaman enam puluhan ketika era New World BB Park yang gah dengan imej hiburan malam ala Vegas. Ketika itu dunia tarian rumba, mambo, salsa, twist dan cha cha mulai mengisi kehidupan malam bagi pencandu kelab malam di ibu kota.

Cuma, era sembilan puluhan, gempar punk dan skinhead serta grunge dengan imej Malay Power menjadi tema laporan sensasi bagi wartawan dengan cenderung dengan bahan pop sosial. Manakala, wartawan penyiasatan pula prominan dengan isu pelacuran dan pil psikotropik yang mula diperkenal sebagai pengaktif dunia hiburan malam yang menjadikan BB sebagai syurga Feng Tau.

Seiring dengan pil estacy, eramin 5 dan amphetamin mula menular.

Kini, pada dekad kedua abad ke 21, BB berubah lagi. Selain mercu tanda pelbagai pusat beli-belah serta Low Yatt yang kontroversi, dunia jalanan BB kini disusupi agen seks.

BB kini destinasi pelancong Asia Barat dan Asia Selatan. Di sektor jalanan, banyak kedai berimej Asia Barat muncul; menyediakan keperluan kepada pelancong Arab yang saban waktu menjadikan BB sebagai destinasi pilihan.

Restoran Arab dan syisha ada di mana-mana; bersaing dengan stail Barat yang dibawa Starbuck dan Nandos.

Namun, ada kisah menarik lebih sensasi. Pada siang hari, puluhan gadis broker berpeleseran. Modus Operandi mereka sangat licik tetapi profesional.

Gadis-gadis yang dilatih mesra dan pandai mendekati pelanggan bergerak seperti agen CIA. Malah, ia sukar ditebak. Ketika anda berjalan, membeli-belah – ada mata yang mengekori. Selain memerhati, gadis agen ini menilai anda. Awas, apabila anda membeli-belah, cita rasa dan kemampuan kewangan anda dinilai. Ketika anda membayar, prestasi dan reputasi kad kredit anda diintai.

Sekiranya anda berseorangan, tahap kesepian anda juga diperhatikan. Cita rasa membeli-belah anda diintip, jenis kad kredit atau daya tunai anda diperhatikan. Anda berada dalam radar gadis agen. Jadi, akan ada langkah seterusnya.

Kalau anda terus duduk di kerusi di mana-mana kafe Kelas A di sekitar pelbagai kompleks beli-belah di BB, gadis agen akan mendekati anda. Senyum manis dan sapaannya mesra sekali. Ia seperti bermulanya adegan berkenalan dalam filem Fatal Attraction.

“Sendirian?” Sapa si gadis. Ketika anda masih terkedu – soalan seterusnya: “Boleh duduk?”

Orang Malaysia berbudi bahasa. Pastinya anda akan menjawab: “Silakan.” Walaupun anda tertanya-tanya: “Siapa gadis ini?”

Karektor anda sebenarnya sudah diukur. Pengalaman dan kepekaan gadis agen dalam menilai anda sangat luar biasa. Mereka tahu, anda berhemah dengan ukuran pada sikap anda ketika berbual dengan juru jual; ketika berurusan di kaunter bayaran. Jadi – langkah seterusnya: Straight to the point!

“Mahu hiburan?” Katanya: “Hotel kami lagi promosi. Pakejnya menarik.”

Mendengar lenggok suara serta nada bahasa, anda tahu ia gadis Indonesia yang sedang bergelut menguasai dialek stail Kual Lumpur.

“Barangkali teman berbual, nikmati makan. Atau mahu berehat dengan teman sosial. Kami sediakan,” katanya.

Seorang wartawan tidak akan panik; malah, tidak juga . Sebaliknya berusaha menangani kejutan.

“Adik ni siapa?” Itu pertanyaan untuk memasuki ruang maklumat.

Apa berlaku. Nantikan sambungannya…

Tags: seks
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd