• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorthy Ucap Terima Kasih Kepada Mahathir

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai menteri Kabinet susulan keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim baru-baru ini.

Menyatakan Perdana Menteri lebih mengetahui berhubung keputusan itu, Waytha Moorthy berkata: “Lantikan saya adalah ikut budi bicara Perdana Menteri dan Perdana Menteri telah sebut, maka tidak perlu saya huraikan lagi.”

Walaupun terdapat desakan supaya dipecat, Dr. Mahathir hari ini berkata Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada Januari lepas, Dr. Mahathir dilaporkan berkata beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib susulan terdapat desakan yang mahu menteri itu dipecat.

Mahkamah Koroner, Shah Alam pada 27 September lepas memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Disember lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden berkenaan.

Mengenai keputusan inkues Muhammad Adib itu, Waytha Moorthy berkata beliau berpuas hati dan menerima keputusan itu sepertimana diputuskan mahkamah.

Tags: Mahathir Mohamadmenteri kabinetwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hentikan Isu Peralihan Kuasa PM – Wan Azizah

Next Post

3 Beradik Yatim Piatu Ibu Bapa Maut Kemalangan

Related Posts

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

3 Beradik Yatim Piatu Ibu Bapa Maut Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd