• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Selar Tuduhan Dalang Kemasukan PATI Di Sabah

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menuduh kononnya Warisan menjadi dalang kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sabah.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata Annuar sepatutnya bangun dari tidur dan berfikir sebagai manusia normal kerana UMNO yang bertanggung jawab mengeluarkan “IC Projek” kepada PATI di Sabah sebelum ini.

“Annuar seperti telah kehabisan modal sehingga kenyataannya berhubung isu PATI di Sabah telah “backfire” kepada beliau dan partinya sendiri. Sistem UMNO lah yang telah merosakkan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Loretto juga berkata kerajaan negeri pimpinan Warisan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang selama ini telah membebani rakyat Sabah akibat daripada kerosakan yang dibuat sebelum ini oleh UMNO.

“Adakah UMNO masih ingin berselindung dan menuduh kerajaan pimpinan Warisan Terus terang saya katakan bahawa kerajaan terdahulu tidak layak untuk bercakap soal masalah PATI kerana mereka telah gagal menyelesaikan masalah tersebut semasa mereka di tampuk kuasa,” katanya.

Beliau berkata segala permasalahan Sabah yang dilihat kini adalah hasil dan peninggalan UMNO dan Barisan Nasional.

“Annuar sepatutnya malu kerana sebagai seorang pemimpin kanan, beliau boleh melakukan lebih baik daripada memalukan diri sendiri. Jangan anggap rakyat Sabah bodoh,” tegas Loretto.

Kelmarin dalam ciapan twitternya Annuar menuduh Warisan sebagai punca kemasukan beramai-ramai PATI ke Sabah.

Tags: Annuar MusaLoretto PaduaPatiSabahwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuaca Buruk Jejas Operasi Kesan 2 Mangsa Gunung Berapi NZ

Next Post

UMNO Bidas Rancangan Dong Jiao Zong Bantah Tulisan jawi

Related Posts

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Next Post

UMNO Bidas Rancangan Dong Jiao Zong Bantah Tulisan jawi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd