Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

AmBank Research Kekalkan Sasaran...

KUALA LUMPUR - AmBank Research mengekalkan sasaran inflasi setahun penuh pada satu peratus...

Malaysia Tuan Rumah ACC...

KUALA LUMPUR - Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018...

KPDNKK Perak Rampas Perisian...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak berjaya merampas...

Palanivel Perlu Terima Nasihat...

SUNGKAI - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan meminta Presiden Datuk Seri G. Palanivel...

4 Ditahan, Dadah Bernilai RM60,000 Dirampas

BATU PAHAT – Tiga lelaki rakyat tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim berkata mereka ditahan selepas menerima maklumat daripada orang ramai yang menyatakan suspek-suspek terbabit menjalankan kegiatan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Suloh

Katanya, hasil serbuan dan pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan 1,940 biji pil ekstasi, 10 biji pil eramin 5, 154.3 gram heroin dan 12 gram syabu serta nilai dadah yang dirampas ialah sebanyak RM60,000.

“Siasatan awal mendapati rumah yang didiami kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu dijadikan ‘transit’ untuk menghantar bekalan dadah ke negara jiran (Indonesia).

“Tiga lelaki yang ditangkap ini juga positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau juga berkaitan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.

Azhan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas dihempap forklift yang dipandunya. Kejadian itu berlaku di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Warijo, Sri Medan di sini, hari yang sama.

Roslizal Kasim, 36, ditemukan tertindih oleh penduduk kampung yang mencarinya selepas tidak pulang ke rumah sejak keluarpada pagi hari sebelum kejadian (Ahad).

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat dihempap jentera itu” katanya. – BERNAMA

Kategori