• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi Bukan Islam Di Sabah – Mufti

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di Sabah telah dikeluarkan sejak lima tahun lalu namun pelaksanaannya bergantung kepada keadaan khusus dengan mengambilkira kutipan zakat dan keutamaan adalah masyarakat Islam.

Menjelaskan perkara itu, Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata berdasarkan fatwa itu, hukum untuk memberikan zakat kepada orang bukan Islam di negeri ini adalah “harus” tetapi bergantung kepada sesuatu keadaan penerima itu.

“Kita sudah keluarkan fatwa lima tahun lalu bahawa pengagihan zakat itu kepada yang memerlukan termasuk asnaf fakir atau miskin, walaupun bukan Islam dibolehkan (menerima zakat).

“Dalam fatwa itu kita telah meluaskan tafsiran muallaf kepada bukan Islam, yang termasuk asnaf muallaf ini ialah bukan Islam dan mereka boleh diberikan zakat tetapi mengikut kes,” katanya ketika ditemui pada majlis tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah, di Wisma Muis di sini hari ini.

Bungsu Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai pengagihan zakat kepada orang bukan Islam di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata dari segi pengagihan itu adalah bergantung kepada Pusat Zakat dan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di negeri ini, mereka perlu rujuk kepada fatwa mengenai perkara itu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai berkata bangunan Perpustakaan Islam yang terletak di perkarangan Masjid Negeri dijangka akan mula beroperasi pada tahun depan.

Beliau berkata bangunan itu telah siap dan perlu melalui beberapa prosedur sebelum diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang akan menempatkan galeri kaligrafi Islamik serta buku dan kitab berkaitan agama dari seluruh dunia.

Bangunan itu mula dibina pada 2016 dengan kos bernilai RM3 juta.

Tags: bukan IslamBungsu Aziz Jaafarmufti sabahwang zakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salahuddin Sedia Beri Keterangan Dakwaan Ucapan Rasis

Next Post

Kadar IPG Kekal RM2.50 Sekilogram

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Bakar Tafsir Al-Quran Kecewa Kekasih Berubah Hati

15/06/2021
0

ALOR SETAR - Motif seorang lelaki bukan Islam yang membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Tabung Haji...

Next Post

Kadar IPG Kekal RM2.50 Sekilogram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd