• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Yuna, Harith, Zizan, Siti Nordiana Jadi Adiwira?

oleh AK-47
26/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU babak video unik yang berdurasi lapan saat memaparkan kelibat nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air mula tersebar menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

Video yang dipercayai dirakam ketika proses suntingan itu melihatkan Zizan Razak, Yunalis Zarai, Harith Iskander dan Siti Nordiana memakai pakaian kostum seakan-akan watak kumpulan adiwira yang agak luar biasa.

Kesemua mereka melakukan aksi ‘superheroes landing‘ dari suatu tempat sebelum rakaman ditamatkan, sekali gus membawa desas-desus selebriti itu bakal bergabung untuk membintangi sebuah filem terbaharu.

Dari kiri, Siti Nordiana yang merupakan pemenang program Gegar Vaganza musim ke-2 dilihat bergaya ala-ala watak Storm dalam filem adiwira X-Men.

Begitu juga dengan Zizan Razak yang terkenal dengan ketangkasannya dalam filem Polis Evo, apa pula yang cuba ditampilkan oleh Zizan dalam video ini?

Malah paling mengejutkan adalah penyanyi yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat iaitu Yuna sebagai seorang adiwira wanita.

Manakala Harith Iskander yang dinobatkan sebagai The Funniest Person in The World 2016 turut menggayakan watak ala-ala ‘Prof X’, sesuai dengan kepala botak seumpama lagak seorang profesor.

Apa pula kata anda? Adakah ia merupakan sebuah filem adiwira yang bakal ditayangkan atau ia hanyalah iklan komersil versi komedi? Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adiwiraHarith IskanderSiti NordianayunaZizan Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Dr Noor Hisham Muncul ‘Adiwira Baharu’ BoBoiBoy

23/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang dikenali sebagai CAPP, kata “adiwira baharu” siri animasi popular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd