• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: PPIM Jadi Hero Bela Pemilik Kereta Ditindas

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA bukan kerana kelantangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mungkin lebih ramai lagi pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan.

Namun segala-galanya berubah hasil usaha keras dan kesungguhan aktivis PPM berani bertindak di luar jangkaan menyerbu syarikat terbabit yang terletak di Jalan Sungai Sekamat, Kajang, Selangor pada Isnin lalu.

Syarikat berkenaan didakwa telah berjaya menipu kira-kira 500 individu yang menjadi pelanggan mereka, dengan kenderaan yang ‘dipegang’ oleh syarikat tersebut dikatakan berjumlah sekitar 1,500 buah.

Operasi yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama-sama dengan 10 anggota dan 30 mangsa memulakan operasi seawal jam 9 pagi.

Video tindakan mereka malah turut menjadi tular dalam laman sosial sehingga mendapat tontonan melebihi 100,000 kali daripada pengguna media sosial.

Baca: Ada Bank Sekongkol Syarikat Pajak Kereta – PPIM

“Kita nak selesaikan cara baik, orang yang kat luar ni semua nak ambil kereta mereka masing-masing.

“Awak tolong buka pintu ni kalau tak kita terpaksa buka sendiri pintu pagar ni. Tapi kalau sekiranya awak cuba desak kami, itu terpulang kepada awak.

“Kita tak nak ada pergaduhan, saya hanya datang nak ambil balik kenderaan milik owner.

“Tapi kalau awak nak bergaduh, awak tengok berapa ramai kat belakang saya ni, ok? Jangan paksa diorang bergaduh dengan awak,” kata Yusuf menerusi rakaman video itu.

PPIM pada mulanya meminta secara baik pekerja syarikat itu untuk membuka pagar supaya mangsa dapat melihat sendiri sama ada kereta mereka masih di gudang itu atau sebaliknya.

Ada Bank Sekongkol Syarikat Pajak Kereta - PPIM

Bagaimanapun, para pekerja syarikat itu berkeras tidak membenarkan mereka memasuki premis, lalu PPIM mendapatkan kerjasama daripada anggota polis yang berada di luar kawasan gudang tersebut.

Difahamkan modus operandi yang digunakan syarikat terbabit adalah dengan kaedah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.

Menurutnya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila pemilik kenderaaan akhirnya menerima notis dari bank memaklumkan terdapat tunggakan bayaran bulanan sehingga tujuh bulan.

Dalam operasi itu, 56 kenderaan berjaya diambil semula daripada syarikat berkenaan namun masih terdapat kira-kira 1,400 kenderaan masih belum diambil. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bankjual keretaPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Bank Boleh Sekat Akaun Disyaki Terlibat Jenayah: Tengku Zafrul

03/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd