• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘MISTERI’ kehilangan seorang paderi, Raymond Koh Keng Joo menimbulkan persoalan apabila sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai memaparkan penculikan paderi berusia 62 tahun itu.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta berwarna perak dipercayai dipandu Keng Joo dipintas tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Menerusi rakaman itu, tiga SUV terbabit dilihat menghimpit kenderaan paderi berkenaan dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya.

Turut kelihatan sebuah kereta sedan dan dua buah motosikal yang mengawal keadaan serta seorang penumpang di dalam kereta seperti sedang merakam kejadian.

Pemerhatian mendapati, terdapat kira-kira 15 individu dalam rakaman tersebut yang dipercayai berlaku pada waktu pagi di sebuah jalan di Kelana Jaya, Selangor.

Rakaman video yang sudah disunting itu turut memaparkan turutan kejadian kononnya penculikan Keng Joo dari sudut bertentangan.

Bagaimanapun, video berdurasi tiga minit itu tidak memaparkan dengan jelas kejadian berkenaan kerana terdapat pokok yang menghalang pandangan dari sudut kereta mangsa.

Menerusi rakaman berkenaan, kejadian tersebut berlaku dalam masa 40 saat sebelum semua kenderaan yang terlibat berlalu pergi bersama kereta mangsa.

Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar

Rakaman video berkenaan tersebar semalam selepas 21 hari Keng Joo hilang tanpa khabar berita.

The Star melaporkan, keluarga Keng Joo dalam kenyataan menjelaskan tidak mengetahui kewujudan video berkenaan.

Menurutnya, video berkenaan mungkin telah disunting dengan memasukkan beberapa rakaman CCTV yang lain.

“Kami tidak tahu siapa yang menghasilkan video ini,” katanya yang menyerahkan siasatan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Amat berkata, polis sedang menyiasat kesahihan rakaman berkenaan.

Menurutnya, polis akan menyiasat sama ada video terbabit adalah rakaman sebenar kejadian penculikan mangsa atau sebaliknya.

Keng Joo dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 pada 13 Februari lalu dan mangsa kali terakhir dilihat memandu seorang diri, menaiki kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVkes culikPaderiraymond koh keng joo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd