Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Mengintai, Menghendap Jadi Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang...

Penghantar Barang Jadi Wira...

BEIJING - Seorang penghantar barang dapat pujian selepas gadai nyawa memanjat pangsapuri untuk...

PM Singapura Ucap Takziah...

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden...

Betul Ke Nabila Tidak...

NAMA penyanyi, Nabila Razali mula meniti di bibir peminat sejak gimiknya untuk pelancaran...

Video: Langkawi Disebut Dalam Drama Star Trek

SESUATU yang menerujakan rakyat Malaysia apabila nama tanah air kita disebut jelas dalam drama atau layar filem antarabangsa.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan salah satu dialog dalam siri televesiyen sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat, Star Trek: Discovery menyebut nama Pulau Langkawi.

Kapten Philippa Georgio yang dilakonkan aktres superstar Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menyatakan berasal dari pulau itu selepas seorang krew kapal angkasanya, Michael Burnham (Sonequa Martin) bertanyakan kepadanya.

Michael: “Awak berasal daripada mana, Kapten?”

Kapten Philippa: “Jangan berpura-pura tidak tahu Michael. Kamu tahu saya membesar di Malaysia.”

Michael: “Tetapi di mana tempatnya? Saya pergi ke sana dengan kamu sekali, tetapi saya tidak ingat nama tempat itu.”


Kapten Philippa: “Pulau Langkawi.”

Michael: “Betul, pantai-pantai pulaunya yang cantik.”

Justeru, dialog ringkas tersebut membangkitkan kegembiraan dalam kalangan penduduk Pulau Langkawi malahan klip videonya telah tular menerusi media sosial.

Walaupun babak itu hanya sekejap, namun ia ternyata memberi impak yang berkesan untuk mempromosi Malaysia khususnya Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

Pulau Langkawi di Kedah selain menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari seluruh dunia, turut dikenali dengan keindahan alam semula jadi bertaraf global.

Ia bahkan pernah menjadi lokasi pilihan bagi  penggambaran filem daripada pengeluar siri televisyen dari dalam dan luar Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori