Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Parti Sekular Raih Lebih...

TUNIS - Parti sekular Nida Tunis memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya...

Teater Baik Punya Cilok...

KUALA LUMPUR - Pementasan teater Baik Punya Cilok yang bakal dipentaskan di pentas...

Murah Hati! Bilionair China...

SEORANG bilionair dari China telah melakukan sesuatu yang luar biasa apabila membawa sebahagian daripada...

Subsidi Ayam Berakhir Rabu...

PETALING JAYA – Subsidi dan kawalan harga bagi ayam akan ditamatkan sepenuhnya bermula...

Video: Keluarga Profesor Tular Ditemu Bual Lagi Media

PASTI ramai sudah tengok kan video tular lucu melibatkan sebuah keluarga dari Korea Selatan ini.

Baca: Anak Kacau Bapa Ketika ‘Live’… Serius Lawak!

Sesi interview antara Profesor Robert Kelly dengan stesen televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) baru-baru ini telah ‘diganggu’ oleh dua makhluk comel iaitu anaknya sendiri.

Video lucu itu pantas menjadi sensasi dan tular kerana ramai menyatakan cukup terhibur dengan rakaman tersebut.

Dan baru-baru ini, media sekali lagi membuat temubual khas dengan keluarga Robert.

Robert merupakan pakar penganalisis politik Korea Selatan dan dia ditemubual BBC bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pemecatan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye disebabkan skandal rasuah baru-baru ini.

Dalam video terbaharu Robert yang ditemubual Wall Street Journal (WSJ) berkata, mereka sekeluarga memahami kenapa ramai terhibur dengan video tersebut.

Menurut Robert lagi, anak perempuannya, Marion, 4, kelihatan riang dan gembira dalam video itu kerana baharu sahaja pulang daripada meraikan sambutan hari lahirnya di tadika sebelum dia ‘ganggu’ sesi temubual bapanya.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai ramai pihak menyangkakan wanita dalam video tersebut adalah pembantu rumahnya, Robert menjelaskan wanita itu adalah isterinya yang merupakan warga Korea Selatan, Kim Jung-a.

Robert juga menafikan dia tidak memakai seluar atau hanya berseluar pendek ketika sesi temu bual sebelum ini diadakan.

Ini kerana ramai netizen mendakwa Robert tidak memakai seluar menyebabkannya tidak boleh berdiri untuk ‘halau’ keluar anak-anaknya daripada memasuki frame video tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori