Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Wanita UMNO Sabah Mampu...

KOTA KINABALU - Wanita UMNO Sabah mampu memberi impak kepada rakyat ketika menyampaikan...

Kronologi Kehilangan Pesawat AirAsia...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada...

KDN Gantung Akhbar The...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung permit akhbar The Edge Weekly...

BN Terus Tekad Beri...

JOHOR BAHARU - Usaha pembangkang yang 'menangguk di air keruh' dan mahu membina...

Video: Budak Sekolah Agama Tunjuk ‘Taiko’ Belasah Pelajar

SEBUAH rakaman video yang menunjukkan seorang murid tahun enam membelasah rakan sekelasnya sambil disaksikan oleh rakan yang lain tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 29 saat itu, kejadian dilaporkan berlaku pada 30 Ogos, di sebuah sekolah agama di Putatan, Sabah. Namun, motif kejadian itu tidak diketahui.

Mangsa dibelasah bertubi-tubi, diterajang, disepak dan dihentam dengan kerusi tanpa sebarang belas kasihan.

Aksi ala gangster itu berterusan apabila pembuli terus menarik baju mangsa, mencekik lehernya, menampar muka serta menolak mangsa ke lantai, meskipun jelas kelihatan mangsa tidak langsung melawan.

Rakan-rakan sekelas yang lain cuba menghentikan tindakan pelajar lelaki itu dari terus memukul mangsa, namun mereka pula dimarahi dan diberi amaran agar jangan masuk campur.


Tidak puas dengan itu, pelajar tersebut yang seolah ‘dirasuk hantu’ turut menengking murid-murid lain yang hanya melihat insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian dan sudah membuka satu kertas siasatan mengikut 324 anun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Keterangan sudah diambil daripada murid yang menjadi mangsa buli, pelaku dan juga saksi yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dan pembuli itu difahamkan kini menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori