• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Idam Lelaki Bermata Kelabu Sebagai Suami

oleh
01/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, kini begitu ramai jejaka yang mencuba nasib untuk memikat hati usahawan selebriti ini.

Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.

Wahhh…nak jadi calon suami pun siap pakai resume. Dah macam nak apply kerja, ye dakkk?

Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.

Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Selain itu, Vida juga berkata lelaki tersebut perlu setia , jujur, amanah, beriman,  penyayang dan apa yang paling penting boleh membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Vida kini lebih berhati-hati dalam soal perkahwinan setelah mengalami tiga kali kegagalan dalam fasa tersebut. Disoal berkenaan pengganti, dia mengatakan belum mempunyai sesiapa lagi buat masa sekarang.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 dan berpisah pada 7 April yang lalu.

Fuhhh…Kelas Datuk. Haaa…ada sesiapa yang boleh penuhi karakter yang dinyatakan tadi? Bolehlah mencuba hantar resume juga.

Siapa tahu tuah beristerikan usahawan kosmetik ni kan! Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Datuk Seri Vidasuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd