Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Zara Tidak Dibawa...

KUALA LUMPUR - Pendakwaan terhadap suami seorang pengasuh dalam kes kematian bayi perempuan...

Pelabur Malaysia Beli The...

PHNOM PENH - Akhbar ini yang dianggap sebagai surat khabar bebas bahasa Inggeris...

Tiada Kenaikan Tol Lebuh...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di...

Syed Saddiq Perlu Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed...

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

PANAS! Baru semalam aktor Datuk Hans Isaac mengumumkanĀ bakal berkahwin dengan bekas Ratu Pelancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau Gabby.

Namun pada hari ini media sosial digegarkan dengan ‘pengakuan’ terbuka bekas kekasih wanita itu!

Menerusi sebuah status yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebook, Robin meluahkan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui kekasihnya sendiri bakal berkahwin dengan lelaki lain menerusi hebahan berita.

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

“Saya tak sangka saya telah dicurangi selama setahun lebih sehinggalah hari ini. Bekas kekasih saya, sejak semalam,Ā rupanyaĀ akan berkahwin dan saya mendapatĀ berita itu melalui media.

“Setelah semua yang saya korbankan dan cuba lakukan untuknya, diaĀ telah menghancurkan hati saya.

“Hanya dua hariĀ lalu kami telahĀ ‘bersama’ dan dialah satu-satunya wanita yang sayaĀ sentuh sepanjang kami bersama.Ā Saya sememangnyaĀ setia dengannya, Tuhanlah saksi saya.

“Tanpa pengetahuanĀ saya, dia telah mempermainkan saya dan menipu saya semasa menghadiri kelas kitab Injil di gereja. Saya sangka sayaĀ sudah pernah melihatĀ kejahatan, tetapi perkara iniĀ amat berbeza daripada apa yang telah saya lalui selama ini.

“Saya tahu jauh di sudut hatiĀ ada sesuatu yang tidak kena dan saya mahu dia berterus-terang, beberapa kali namun setiap kali dia menafikannya jadi saya benar-benar sangka dia masih mahukan saya. Saya maafkan dia dan teruskan mencuba.

“Lawatannya ke Singapura rupanya bukan bersama-sama ibunya, dia telah dilamar sebulan yang lalu, semasa kami masih bersama. Aktiviti telefon bimbitnya yang mencurigakan selama ini kini terjawab.


“Kini saya hanyaĀ fikirkan adakah lelaki yang melamarnya sebulan laluĀ tahu kewujudan saya ataupun tidak.

“Ini merupakan kali ketiga bekas kekasih sayaĀ berkahwinĀ sejurus selepas menipu saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang.”

Status ‘panas’ ini telah dikongsi sebanyak 300 kali setakat ini dan menerima pelbagai komen daripada para netizen.

Hans dan Gabby mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 29 Julai depan setelah setahun lebih mengenali hati budi.

Jika benarlah apa yang ditulis oleh Robin ini, kami tidak boleh membayangkan perasaan Hans ketika ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah kenyataan daripada pihak Hans dan tunangnya sendiri sebelum membuat andaian masing-masing. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori