Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hospital Di Wuhan Guna...

WUHAN - Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk...

Najib, UMNO Peroleh Kembali...

KUALA LUMPUR- Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium...

Khairil Aslan Selamat Tiba...

PONTIAN - Jalan berbukit, berliku dan berpasir ternyata tidak mematahkan semangat misi kayuhan...

6,000 Polis Bantu Perjalanan...

KUANTAN - Sejumlah 6,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang berada...

Tun M Pula Mahu Jadi PM Lagi, Rekod Tertua Dunia!

KETIKA diktator Robert Mugabe berundur sebagai Presiden Zimbabwe, pembangkang di Malaysia pula menamakan rejim Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pilihan mereka.

Keputusan pelik itu dicapai Pakatan Harapan ketika sesi pemukiman blok empat parti gabungan belum diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan tersebut dan berlangsung lesu selama dua hari di Putrajaya yang berakhir kelmarin.

Mahathir dinamakan untuk mengisi jawatan berkenaan sekiranya pakatan aneh itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO sejak merdeka.

Jika ini menjadi realiti, Mahathir bakal dinobatkan sebagai pemimpin kerajaan paling tua di dunia, sekali gus beliau mungkin layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records selain Guinness World Records mengatasi Mugabe.

Sekadar perbandingan Mugabe berusia 93 tahun sebelum digulingkan tentera negara Afrika itu, manakala Mahathir akan genap 93 tahun pada 10 Julai depan. Ini juga mengatasi Ratu Elizabeth II di Britain yang baru umur 91 tahun.

Menurut portal propembangkang The Malaysian Insight, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula yang si suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat zalim oleh Mahathir, hanya mengisi posisi Timbalan Perdana Menteri.

Mahathir dan Wan Azizah dilaporkan cuma sandang jawatan itu ‘buat sementara waktu’ tanpa ditentukan tempoh yang dipercayai sebagai ‘menunggu’ Anwar dapat pengampunan diraja daripada hukuman penjara kerana kes liwat.

Baca: Sultan Selangor Sifatkan Mahathir Amat Berbahaya

Bagaimanapun usaha ganjil itu dijangka penganalisis politik tempatan sebagai mengulangi ‘episod luka lama’ pada 1998 lalu apabila Mahathir bertindak kejam membuang Anwar daripada semua jawatan parti dan jemaah Kabinet.

Ini kerana laporan itu tidak sebut secara muktamad siapakah ahli politik yang akhirnya memegang jawatan tersebut kelak, walhal amalan lazimnya hanya parti memiliki kerusi terbanyak selepas PRU layak menjadi perdana menteri.


Ketika ini DAP yang pernah digelar Mahathir sebagai cauvinis rasis, mempunyai jumlah kerusi majoriti di Dewan Rakyat dan dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk menang dengan bilangan konsisten pada PRU kelak.

Ini jauh berbeza dengan PKR, PAN dan PPBM yang diramal tewas teruk kepada calon UMNO semasa PRU itu. Jika tokoh DAP tidak dilantik sekali pun sebagai perdana menteri, parti tersebut bakal jadi ‘suara’ penentu dasar negara.

Ini dapat dilihat sendiri di Selangor waima menteri besarnya ialah wakil PKR, tetapi banyak keputusan dipengaruhi DAP termasuk hapus Yayasan Selangor dan mansuh segala agenda kepentingan Melayu seperti di Pulau Pinang.

“[PPBM], PAN dan DAP sudah bersetuju, hanya PKR belum mendapatkan kata sepakat kerana ingin dibincangkan di peringkat biro politik parti itu,” menurut sumber rapat yang enggan dikenali dipetik laman Malaymailonline.

Mahathir ialah perdana menteri dari 1981 hingga 2003. Ketika itu DAP dan PKR gigih anjur siri demonstrasi haram desak Mahathir berundur, malah kutuk beliau dengan imej gelaran Maha Firaun! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah sekadar hiasan mengenai Anwar biadab kutuk Mahathir…

Kategori