• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Hadiri Persidangan DAP Biarpun Tak Dijemput

oleh AK-47
04/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan dengan menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP yang diadakan di IDCC, di sini hari ini.

Beliau yang dahulunya lantang menentang DAP dilihat seakan sudah tidak berasa malu lagi dengan pembangkang apabila diiringi ketika memasuki  dewan kira-kira jam 10.15 pagi bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Hadir bersama mengiringinya ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismai, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau ditempatkan di hadapan pentas bersebelahan dengan Kita Siang dan penasihat parti DAP, Dr Chen Man Hin selain barisan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang lain.

tun-m5 tun-m3

Biarpun dikecam teruk dalam konvensyen DAP Pulau Pinang sebelum ini, Dr Mahathir nampaknya tidak kisah biarpun dihina oleh ahli DAP sendiri dengan menyifatkannya sebagai seorang yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.

Memetik The Star, Wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind bulan lalu mempersoalkan adakah veteran DAP Lim Kit Siang tidak berasa malu ketika bersama Dr. Mahathir.

“Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang  dalam pilihan raya nanti, kita akan mendedahkan segala-galanya.

“Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur,” kata Shamsher ketika konvensyen DAP Pulau Pinang.

Sementara itu, ahli perlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew sebelum ini turut mengesahkan Mahathir tidak akan dijemput ke persidangan itu memandangan Pribmi masih belum menjadi parti komponen pembangkang secara rasmi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPGuan EngLim Kit SiangTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,000 Dijangka Sertai Larian Jambatan Batang Sadong

Next Post

Raja Dubsmash Ucop Buat Hal Lagi Kecoh, Gamat!

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Raja Dubsmash Ucop Buat Hal Lagi Kecoh, Gamat!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd