• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulisan Jawi Harus Jadi Kebanggaan Semua – Tunku Azizah

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mengajak rakyat supaya melawat Perpustakaan Negara dan melihat sendiri kecantikan dan keunikan tulisan Jawi.

Titah Tunku Azizah, tulisan Jawi seharusnya menjadi kebanggaan semua di negara ini.

“Jom kita pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia..lihat sendiri kecantikan tulisan Jawi…revival of tulisan Jawi should be our pride,” titah Tunku sambil berkongsi gambar beberapa buku tulisan Jawi.

Antaranya kandungan buku berjudul Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu.

Tunku Azizah juga bertitah, mempelajari tulisan Jawi adalah satu kaedah boleh menambah ilmu dan tidak rugi jika mempelajari tulisan tersebut.

“Sayang kalau orang Melayu tak pandai tulis Jawi, atau orang Cina tak pandai tulisan Mandarin, atau orang India tak pandai tulis Tamil..orang Siam dengan tulisan Siamnya…ABC itu universal dan global. tapi kenalah pandai tulis cara kita juga.. tambahkan ilmu dan tak rugi,” ciap Tunku Azizah dalam Twitter rasmi beliau sebagai berkongsi pandangan baginda.

Pandangan baginda mengenai tulusan Jawi itu menarik seorang pemilik akaun Twitter bernama AdlyArief.

Katanya, kenyataan Tuanku Azizah itu akan mencetuskan pertikaian perkauman. (“Well the statement are bound to spark some racial arguments, your highness).

“Boleh tak kita sekadar setuju bahawa huruf Latin/Roman, mandarin, Tamil Arichuvadi, Jawi hanyalah identiti budaya dan adalah tidak baik untuk memaksa terhadap orang lain?” soal individu itu.

Cara pertanyaan individu itu dikecam segelintir pemilik akaun Twitter yang mengganggap individu berkenaan tidak sopan dan tidak beradab sehingga mencabar Tunku Azizah yang berkongsi pandangannya.

Komen AdlyArief itu dibalas oleh Tuanku Azizah.

Kata baginda: “Tiada yang rasis, saya bercakap mengenai keindahan Jawi dan kesenian Islam. Seseorang tidak perlu menjadi Muslim untuk menghargainya. Seseorang tidak perlu menjadi Melayu untuk menjadi seorang Muslim, ada orang Melayu yang bukan Islam atau sebaliknya, dalam Islam kita tidak dibatasi oleh bangsa tetapi kepercayaan iman kita kepada Allah.” – MalaysiaGazette

Tags: perpustakaan negaratulisan JawiTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Tiba-Tiba Pos Malaysia Rugi Besar?

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Sempena Krismas

Related Posts

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling...

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Sempena Krismas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd