• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Hentikan Semua Operasi Helikopter Nuri

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata helikopter Nuri milik mereka terlalu uzur untuk digunakan.

Ackbal Abdul Samad berkata semua 12 helikopter Nuri yang masih ada dihentikan operasi daripada menyertai pelbagai bentuk misi.

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli alatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara 9 hingga 18 bulan untuk memperolehi alat ganti,” katanya ketika sidang media khas Panglima Tentera Udara di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan sejak bila pesawat itu dihentikan secara rasmi.

Ackbal turut memaklumkan pihaknya dalam usaha mencari pengganti Nuri.

“Beberapa jenis helikopter kini dikenal pasti tetapi masih di peringkat penilaian,” katanya.

Pesawat Nuri yang berusia lebih 50 tahun itu sebelum ini beberapa kali mengalami nahas termasuk terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.

Antaranya terhempas di Sintok Kedah pada 2010, di Tawau, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang (2016), di kawasan sempadan Terengganu, Pahang (2017) dan yang terbaru pesawat itu melakukan pendapatan cemas pada Ogos 2019 di Kem Gubir, Alor Setar.

Mengulas peruntukan bajet yang diberikan kerajaan, Ackbal memaklumkan jumlahnya memadai tetapi belum berada pada tahap yang terlalu selesa.

“Kami akan menggunakan peruntukan yang diberi secara berhemah dan meminimumkan program-program keraian jika merasakan ia tidak perlu,” katanya.

Tags: Helikopter NuriPanglima TUDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Timbang Cadangan Tribunal Khas Lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

Next Post

Shafie Tak Beri Wang Untuk Beli Undi Di Kimanis – SPRM

Related Posts

Ackbal Panglima TUDM Yang Baharu

03/01/2020
0

SUBANG - Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dilantik sebagai Panglima TUDM...

Helikopter Nuri Mendarat Cemas Di Kem Gubir, Kedah

02/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir,...

Next Post

Shafie Tak Beri Wang Untuk Beli Undi Di Kimanis - SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd