Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Pusat Digesa Putuskan...

PERMATANG PAUH - PAS kawasan Permatang Pauh hari ini mencadangkan kepada PAS pusat...

2 Remaja Didakwa Bunuh...

TEMERLOH - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Laporan Nahas Helikopter Dalam...

BENTONG - Laporan siasatan berhubung punca nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang mengorbankan Tan...

Melaka Rangka SOP Pengoperasian...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka sedang merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengoperasian...

Tuah Pelayan Temui Muntah Paus RM2 Juta

BANGKOK – Ketulan berwarna kuning yang rasanya seperti lilin yang ditemui ketika bersiar-siar di pantai Koh Samui, Thailand, membawa tuah kepada seorang pelayan bar kerana ia adalah muntah paus yang dianggar bernilai AS$500,000 dolar (RM2 juta).

Boonyos Tala-upara, 44, menemui ketulan seberat 9.98 kilogram pada Jun tahun lalu, dan meletakkan di halaman belakang rumahnya lalu terlupa.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, seorang rakan mengunjunginya bulan lalu, dan memberitahunya ketulan itu berkemungkinan muntah paus yang bernilai tinggi digunakan membuat minyak wangi.

“Kakak saya yang tinggal di Austria beritahu muntah paus sukar ditemui dan hasil penyelidikan di internet, benda yang saya jumpa itu menyerupai muntah paus.

“Ia berkemungkinan besar ‘tiket loteri’ untuk saya. Saya mahu jual dan bersara,” katanya.


Penolong Profesor Thon Thamrongnawasawat iaitu Timbalan Canselor Fakulti Perikanan di Universiti Kasetsart berkata, berkemungkinan besar ia adalah muntah paus.

Pada April 2016, muntah paus seberat 1.57 kilogram yang ditemui di Lancashire, England, dijual dengan harga £50,000 (RM267,573) manakala pada November tahun yang sama, tiga nelayan Oman menemui 80 kilogram bahan itu yang dijual dengan harga AS$3 juta (RM12.3 juta). – Agensi

Kategori