• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Sindir Clinton, Masih Boleh Menang Tanpa Artis

oleh
09/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – “Hari ini adalah Hari Kemerdekaan kita,” isytihar Trump sambil menambah lagi: “Hari ini rakyat Amerika Syarikat (AS) daripada kelas pekerja akan ‘menyerang’ balas semula.”

Bakal presiden AS ke-45 itu secara sinis berkata, beliau tidak memerlukan bintang terkenal seperti Jay Z, Beyonce atau Lady Gaga untuk menarik kehadiran penyokong kepada parti itu seperti yang dilakukan oleh Hillary Clinton.

“Apa yang kita perlu ialah idea hebat untuk menjadikan AS kembali hebat,” katanya sebelum mengakhiri kempen dan 24 jam kemudian ketika keputusan penuh diumumkan, Trump disahkan memenangi pilihan raya presiden AS.

Mengikut kedudukan semasa laporan laman web akhbar popular USA Today, calon Republikan itu selesa dengan 289 undi electoral college atau perwakilan peringkat negeri manakala Clinton kekal jauh dengan 218 undi sahaja.

Trump, 70, akan menjadi satu-satunya presiden yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan negara kuasa besar dunia tersebut untuk mengetuai pentabiran White House sejak dekad 1950-an.

Beliau malah menjadi presiden AS yang paling tua dalam sejarah selain menawan balik jawatan tertinggi di negara Uncle Sam itu daripada pemimpin Demokrat yang kini dipegang Barack Obama dalam tempoh lapan tahun.

“Inilah masanya untuk rakyat AS kembali bersatu. Kepada semua penyokong Republikan, Demokrat dan bebas di seluruh negara, bagi saya ini merupakan masanya untuk kita bersama-sama menjadi negara yang bersatu.”

Trump Sindir Clinton, Masih Boleh Menang Tanpa Artis

“Inilah masanya,” kata Trump sambil ditemani ahli keluarganya ketika berucap di hadapan penyokong di pekarangan hotel Hilton Midtown di Manhattan, di sini yang menjadi ibu pejabat kempen parti Republikan.

Dalam perkembangan lain, Republikan yang sinonim dengan lambang gajah dan gelaran Grand Old Party ‘menyapu’ bersih kedua-dua badan tertinggi AS iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan menerusi kemenangan majoriti.

Parti pimpinan Trump itu meraih undian majoriti sebanyak 51 sokongan untuk menguasai Dewan Senat berbanding Demokrat, yang terkenal dengan lambang kaldai sekadar memperoleh 47 undian .

Dewan Perwakilan juga dimonopoli oleh Parti Republikan dengan undian sebanyak 234 berbanding 178 yang diraih parti pimpinan Hillary, 69, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Negara.

Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara tersebut sambil mengucapkan tahniah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hillary Clinton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Obama, Clinton Paling Dikagumi Rakyat AS

28/12/2017
0

WASHINGTON - Bekas Presiden Barack Obama dipilih sebagai lelaki paling dikagumi di Amerika Syarikat manakala bekas Setiausaha Negara AS, Hillary...

Kecoh Suami Hillary Clinton Telanjang Diurut Pelacur

17/11/2016
0

WASHINGTON DC - Netizen media sosial kecoh susulan kemunculan foto mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berbogel diurut seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd