• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tosai Terpanjang, Aachi Kitchen Cipta Rekod Malaysia

oleh
28/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Aachi Kitchen Catering buat pertama kalinya tempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya buat tosai sepanjang 8.1 meter dan sekali gus diiktiraf sebagai Tosai Terpanjang.

Sijil Malaysia Book of Records diserahkan wakil MBOR Buvaneswaren Naidu kepada pemilik Aachi Kitchen Catering, R. Suselah, sejurus selesai mengukur kepanjangan tosai tersebut.

Suselah berkata penganjuran porgram ini dapat membuktikan kemampuan mereka dalam penyediaan makanan terutamanya tosai yang sering dianggap mudah untuk dihasilkan.

“Tidak sukar untuk menyediakan tosai untuk seorang dua makan namun menghasilkan tosai yang panjang pada hari ini memerlukan lima kilogram adunan tepung dan juga penyediaan adunan selama enam jam sebelum bermulanya misi.

“Antara cabaran bagi penyediaan tosai terpanjang ini adalah sewaktu proses penggulungan tosai apabila sudah masak kerana ia perlu dilakukan secara berhati-hati dan teliti bagi mengelakkan tosai tersebut daripada hancur,” katanya kepada pemberita selepas pengiktirafan Tosai Terpanjang oleh MBOR di Rantau dekat sini hari ini.

Suselah berkata seramai 10 individu terdiri daripada rakan-rakannya yang juga mahir dalam penghasilan tosai terlibat dalam penghasilan tosai terpanjang itu dalam tempoh 3 minit 47 saat.

“Harapan saya pada masa akan datang untuk mencipta nama dalam Guinness World Records dengan mencipta rekod 60 meter tosai terpanjang berbanding rekod dunia sebelum ini iaitu 53.8 meter,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S. Streram berkata pencapaian ini membanggakan penduduk Rantau khususnya belia dalam membuktikan keupayaan mereka menerusi aktiviti seperti ini.

“DUN Rantau ini sudah terkenal jadi dengan kejayaan ini akan lebih melonjakkan nama Rantau yang mempunyai anak-anak tempatan yang berbakat dan kreatif,” katanya. – BERNAMA

Tags: tosai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juruelektrik Didakwa Khianat Lastik Guli Ke Arah Kereta

Next Post

Petronas Minta Maaf Isu Petrol Campur Air

Related Posts

No Content Available
Next Post

Petronas Minta Maaf Isu Petrol Campur Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd