Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

156 PPV Untuk Vaksinasi...

PUTRAJAYA - Sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Intergrasi dikenal pasti...

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka terpaksa mengambil inisiatif untuk membuka semula tapak pelupusan sisa pepejal Krubong, di...

Keselamatan Perairan Negara Terkawal...

PUTRAJAYA - Pada 11 Jun lepas, Malaysia digemparkan dengan insiden kehilangan kapal tangki...

Sekatan Saudi Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan Arab Saudi menyekat perjalanan rakyat Palestin yang menggunakan...

Tolonglah Jujur, Jangan Sembunyikan!

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba merayu kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan supaya bersikap jujur.

Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sejarah perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19.

“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.

“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” katanya menerusi status di Facebook rasminya.

Dr. Adham berkata, mereka yang mempunyai gejala, perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu bagi mengetahui pusat kesihatan yang harus dikunjungi.


Katanya, pegawai kesihatan terpaksa membuang masa membersihkan sebuah Jabatan Pesakit Luar di pusat kesihatan selepas mendapati seorang pesakit yang mendapatkan rawatan disahkan positif COVID-19.

“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.

“Seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Bantulah kami untuk membantu anda,” katanya. – BH Online

Kategori