• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tegur Menteri Membisu Isu TM

oleh
30/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menegur Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengambil sikap membisu berhubung penamatan kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai penaja utama MFL.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sepatutnya membela bola sepak yang merupakan sukan No. 1 di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan sepatutnya membela sukan No. 1 negara. Telekom Malaysia tarik balik penajaan dan yang terjejas semua pasukan yang bertanding,” katanya dalam Twitter HRH Crown Prince of Johor semalam.

Pada 15 Mac lalu, MFL mengumuman penamatan kontrak TM sebagai penaja utama Liga Malaysia (Liga M) ekoran kegagalan syarikat telekomunikasi negara itu mematuhi kontrak perjanjian lapan tahun, termasuk gagal membuat bayaran untuk tahun 2019 berjumlah RM60 juta.

Rentetan daripada itu, MFL mengheret TM ke muka pengadilan dengan memfailkan saman melebihi RM400 juta kerana mahu mempertahankan kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga M.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail turut menegur Kementerian Belia dan Sukan kerana masih gagal menyalurkan peruntukan kepada Johor yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2020.

“Mesyuarat Sukma sudah beberapa kali diadakan tetapi duit masih tidak disalurkan kepada Johor. Sila buat kerja bukan sekadar bercakap,” kata Tunku Ismail lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Liga MalaysiamflTMTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDN Nafi Pejabatnya Diserbu SPRM

Next Post

Caj Parkir Di Shah Alam Naik 50% Kerana Diurus Swasta

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Caj Parkir Di Shah Alam Naik 50% Kerana Diurus Swasta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd