• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Harap Ada “Superman” Ganti Jadi Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan baginda untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Titah Tunku Ismail, baginda selaku Presiden FAM pada tahun ini akan berusaha mencari duit untuk membantu setiap pasukan, memperbetulkan strukur dan melakukan yang terbaik buat pasukan kebangsaan.

“Kemudian saya harap ada satu presiden “superman” jadi Presiden FAM kerana saya tak lama. Hari terakhir saya jadi Presiden FAM mungkin 2018 atau 2019. Bergantung, lagi cepat lagi bagus,” titah baginda dalam satu rakaman video sempena tahun baharu 2018 hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam nada berseloroh bertitah baginda akan masukkan “haters” baginda dalam kandang buaya jika terjumpa dengan mereka.

Titah Tunku Ismail, baginda mahu melihat sendiri sama ada “haters” terbabit boleh berenang atau boleh berlari atas air.

Mengulas impian tahun baharu, baginda menyatakan hasrat untuk membuat wang yang banyak sehingga mampu beli kerajaan Malaysia, malah separuh dunia jika berkemampuan.

Baginda turut berseloroh mungkin baginda sekarang bekerja sebagai pembunuh upahan jika bukan Tunku Mahkota Johor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd