• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Mahkamah, Batal Lesen Kelab Malam Ingkar PKPP

oleh
01/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilik kelab malam dan pub yang beroperasi tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dihadapkan ke mahkamah dan pembatalan lesen operasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata subsektor itu masih dikategorikan sebagai aktiviti yang dilarang sepanjang PKPP dan tindakan boleh diambil menurut Akta  Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Susulan tangkapan individu ingkar PKPP bagi kesalahan aktiviti di kelab malam dan pub meningkat, Polis Diraja Malaysia akan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam semua serbuan dan pemeriksaan ke atas premis berkenaan, katanya dalam sidang media perkembangan PKPP di sini, hari ini.

“Sekiranya ada tangkapan dalam serbuan di kelab malam dan pub tanpa penglibatan PBT, senarai premis terbabit akan diserahkan kepada PBT,” katanya lagi.

Beliau berkata tindakan itu bagi membolehkan pembatalan lesen operasi premis terbabit.

“Langkah ini dilihat perlu kerana masih ada  pemilik pub dan kelab malam yang berdegil dan beroperasi tanpa kebenaran sekalipun tahu aktiviti perniagaan tersebut masih dilarang,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan daripada 778 individu yang ditahan kerana ingkar PKPP semalam, 600 adalah bagi kesalahan aktiviti di kelab malam dan pub. – BERNAMA

Tags: kelab malamLanggar PKPPpub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekat Masuk Pemegang Pas Dari India, Indonesia, Filipina

Next Post

1 Kematian, 14 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan

Related Posts

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Antara Ditahan Minum Arak Di Kelab Malam

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Antara Ditahan Minum Arak Di Kelab Malam

16/10/2022
0

Georgetown : Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang antara individu beragama Islam yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau...

Sarawak Akan Putuskan SOP Untuk Pub, Kelab Malam

15/05/2022
0

KUCHING - Sarawak akan memutuskan tidak lama lagi sama ada prosedur operasi standard (SOP) untuk pub dan kelab malam yang...

Next Post

1 Kematian, 14 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd