• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Didakwa Bunuh Warga Bangladesh

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas sepasang kekasih didakwa atas pertuduhan membunuh lelaki warga Bangladesh pada Isnin lepas, tiga lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan sama.

Mereka ialah Muhammad Safuan Mat Saad, 21, Amirul Aiman Azman dan Muhammad Khairil Shahnaz, masing-masing berusia 20 tahun.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Selepas tamat prosiding, lebih 30 anggota keluarga dan rakan ketiga-tiga tertuduh menangis sambil memeluk mereka di dalam kandang tertuduh.

Keadaan itu menyebabkan suasana di galeri awam mahkamah menjadi penuh emosi sehingga polis mahkamah menenangkan keluarga tertuduh yang masing-masing gagal mengawal perasaan.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dua lagi yang telah dituduh dengan niat bersama, membunuh seorang lelaki bernama Jamal di Pangsapuri Mentari Court, Bandar Sunway, antara 6 dan 7 pagi, 3 Dis lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

“Saya mohon tarikh 25 Jan untuk tarikh sebutan akan datang, bersamaan dengan tarikh kedua-dua tertuduh bagi kes sama sebelum ini,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 25 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada warga asing itu yang didakwa cuba mencabul salah seorang penduduk di pangsapuri itu. – BERNAMA

Tags: Didakwakes bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Pahang Adakan Persiapan Rapi Hadapi PRK Cameron Highlands

Next Post

50 Peratus Populasi Anjing Telah Disuntik Vaksin Anti Rabies

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

3 Suspek Bunuh Penuntut Universiti Di Cyberjaya Disambung Reman

3 Suspek Bunuh Penuntut Universiti Di Cyberjaya Disambung Reman

03/07/2025
0

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman tujuh...

Next Post

50 Peratus Populasi Anjing Telah Disuntik Vaksin Anti Rabies

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd