• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Hutan Simpan Sekitar Raub, Diceroboh Pekebun Haram

oleh
14/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Ketegasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membanteras kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini, dibuktikan menerusi tiga operasi pemusnahan kawasan terbabit dalam tempuh tujuh bulan tahun ini.

Tiga operasi bersepadu iaitu dua Operasi Musnah dan satu Operasi Pamah, dilaksanakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub membabitkan kebun durian Musang King dan pisang yang usahakan secara haram.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub, Shahril Mohamad, berkata operasi musnah pertama pada April lalu dilakukan terhadap Kompartmen Satu, Hutan Simpan Kekal Sempam, membabitkan lebih 16.2 hektar ditanam 4,000 pokok durian Musang King dan 1,300 Duri Hitam, selain pelbagai jenis pisang.

“Operasi musnah kedua pada Jun lalu dilakukan terhadap Kompartmen 48, Hutan Simpan Kelau membabitkan kawasan seluas lebih 12 hektar.

“Kawasan itu ditanam dengan lebih 4,000 pokok pisang pelbagai jenis dan kira-kira 350 pokok durian Musang King berusia antara enam bulan hingga tiga tahun,” katanya.

Shahril berkata, Operasi Pamah bermula 3 Julai lalu hingga kini membabitkan kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas lebih 101 hektar merupakan kemuncak pada usaha kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan PHD Raub menyekat pencerobohan hutan simpan kekal di daerah ini.

“Kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini lebih kepada untuk aktiviti menanam pokok durian Musang King dan beberapa durian klon terkenal lain seperti Duri Hitam, IOI, D24, Tekka dan beberapa jenis lain.

“Sebelum pokok durian mengeluarkan hasil pekebun mengusahakan tanaman kontan seperti pisang, terdapat juga dikalangan mereka menanam pokok petai, nangka dan cempedak,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak mustahil lebih banyak operasi musnah akan diadakan selepas ini selepas mendapat persetujuan kerajaan negeri dan JPNP.

Katanya, selepas operasi menebang pokok durian dan pisang dilakukan, kerja menanam pokok hutan segera dilakukan Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat dalam usaha mengekalkan kawasan hijau di hutan simpan kekal berkenaan.

“Di Kompartmen Satu, Hutan Simpan Kekal Sempam kita menanam kira-kira 10,000 pokok hutan dan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam sebanyak 20,000 kini sedang ditanam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini, mereka yang berada dalam hutan simpan kekal boleh didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984,”katanya. – BH Online

Tags: hutan simpan kekalMusang Kingpekebun durian haramraub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas Selangor, Giliran Perlis ‘Bawa Diri’

Next Post

Kewujudan Slot Temu Janji Melebihi Jumlah Vaksin?

Related Posts

SPRM Bongkar Perlombongan Haram Waktu Malam Di Raub

SPRM Bongkar Perlombongan Haram Waktu Malam Di Raub

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk penjawat awam, selepas menyerbu dan membongkar kegiatan perlombongan bijih...

Roboh Jambatan Halang Penguat Kuasa Musnah Kebun

06/07/2021
0

RAUB - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berdepan halangan dalam operasi hari ketiga memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101...

Next Post

Kewujudan Slot Temu Janji Melebihi Jumlah Vaksin?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd